SUARA PEMBACA

PH lancar manifesto PRN Sabah, tumpu tujuh agenda

Pakatan Harapan (PH) Sabah melancarkan manifesto sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, menumpukan kepada perkara asas tetapi dilaksana melalui pendekatan lebih berani dan radikal.

Manifesto bertemakan “Komitmen Pakatan Harapan Sabah” itu mengandungi senarai keutamaan dengan tujuh agenda untuk memastikan rakyat Sabah menikmati kemajuan sewajarnya.

Pelancaran manifesto disempurnakan bersama-sama oleh Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud; Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe dan Pengerusi Amanah Sabah, Datuk Lahirul Latigu.

”PH Sabah tidak menjanjikan bulan dan bintang, kita sangat praktikal. Komitmen ini adalah berasaskan aspirasi sebenar Sabah yang mahu merasai kemajuan yang sepatutnya mereka nikmati,” katanya.

Senarai keutamaan manifesto itu mengandungi 10 perkara yang akan didanai oleh pemulangan 40% hasil Sabah.

“Komitmen itu diterjemahkan melalui penyusunan 10 keutamaan, termasuk keperluan menyelesaikan masalah infrastruktur air, jalan dan elektrik yang berlarutan, selain menambah baik pendidikan, kebajikan rakyat dan memacu ekonomi negeri,” menurut Mustapha.

Manifesto itu turut mengandungi tujuh agenda sebagai prinsip panduan pentadbiran bagi tempoh lima tahun akan datang.

Antaranya, memastikan hak Sabah tidak dikompromi, memperkukuh akauntabiliti serta integriti dan melakukan reformasi pentadbiran.

Agenda lain adalah menjadikan anak muda sebagai aset negeri, memacu industri bernilai tinggi, memperkasakan wanita dan mengangkat Sabah sebagai pemain serantau berpengaruh.

Mustapha berkata, manifesto yang dibentangkan ini adalah dinamik dan terbuka kepada penambahbaikan, selain menggalakkan orang ramai meneliti dokumen penuh secara dalam talian.-24/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button