Category Archives: SUARA PEMBACA

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$120.6 bilion

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$120.6 bilion (US$1=RM4.20) setakat 30 Jun, 2025 daripada US$119.9 bilion yang dicatatkan pada 13 Jun, 2025. Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Komponen utama […]

Senarai jalan utama di Lembah Klang yang akan dilencongkan sempena mesyuarat Asean dari 8 – 11 Julai

Tiga lebuh raya dan 15 jalan utama sekitar Lembah Klang akan terlibat dalam lencongan berperingkat sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula 8 hingga 12 Julai ini. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Yusri Hassan Basri berkata laluan terlibat terdiri […]

Siasatan letupan gas dilakukan dengan bebas dan telus – MB Selangor

Siasatan berhubung kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas dilakukan dengan penuh bebas serta telus tanpa campur tangan Kerajaan Negeri Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat secara langsung, sebaliknya hanya bertindak sebagai satu daripada 212 saksi dalam siasatan insiden berkenaan. Amirudin […]

PAS Selangor cadang Suruhanjaya Diraja siasat letupan gas Putra Heights

PAS Selangor mengecam laporan akhir pihak berkuasa mengenai letupan saluran paip gas Putra Heights, dengan berkata ia tidak menyeluruh dan banyak bergantung kepada jawatankuasa siasatan dalaman. Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata laporan itu – yang menyalahkan kejadian 1 April itu ke atas tanah keadaan tanah yang lemah yang menyebabkan paip mengalami […]

42 NADI beroperasi di Pulau Pinang

Empat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu telah dibangunkan di Parlimen Permatang Pauh, menjadikan keseluruhan 42 pusat itu beroperasi di Pulau Pinang setakat ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata, dua daripadanya terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti manakala masing-masing satu di Seberang Jaya dan Pematang Pasir. “Tiga daripada NADI ini […]

Mahasiswa UTM lancar roket buatan sendiri… RIMAU-1 di Amerika

Musim-musim perang ini… sana sini lancar roket, tak ketinggalan sekumpulan mahasiswa daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM)… cuma jangan terkejut dulu, roket buatan sendiri yang dilancarkan adalah untuk pertandingan bertaraf antarabangsa International Rocket Engineering Competition (IREC) 2025 yang berlangsung di Midland, Texas, Amerika Syarikat. UTM dalam kenyataan memaklumkan pencapaian itu menjadikan UTM sebagai pasukan pertama Malaysia […]

Kempen internet selamat perkasa kesedaran ancaman digital dalam kalangan pelajar

Sesi interaktif Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid serta pelajar institusi pengajian tinggi terhadap ancaman digital dan etika penggunaan Internet. Program berkenaan merangkumi pelbagai aktiviti pendidikan seperti ceramah, simulasi dan perbincangan terbuka berkaitan keselamatan siber, penipuan dalam talian, penyalahgunaan data serta amalan beretika […]

Kejayaan MCMC dan PDRM banteras jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian

Ekoran usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian…dari Januari hingga 15 Jun 2025, sebanyak 1,501 kandungan jelik melibatkan kanak-kanak dikenal pasti. Dari jumlah itu 94 peratus (1,415 kandungan) berjaya diturunkan hasil kerjasama dengan penyedia platform digital dan aduan awam. Hal ini diberitahu alam […]

Tarif elektrik baharu bukti reformasi sektor tenaga negara

Pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu mulai 1 Julai ini disifatkan sebagai antara bukti komitmen kerajaan melaksanakan reformasi besar dalam sektor tenaga negara, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata langkah tersebut selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menyasarkan peningkatan penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) dan […]

Dakwaan reformasi tidak berlaku tidak berasas samasekali – PMO

“Agenda reformasi kerajaan sedang berjalan dengan konsisten, bukan hanya dalam sehari dan bukan sekadar dalam kenyataan, tetapi dalam tindakan berstruktur.” Hakikat itu ditegaskan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah yang menolak dakwaan bahawa reformasi tidak berlaku. Menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.