Category Archives: SUARA PEMBACA

Ini dia platform media sosial yang jadi lubuk iklan perjudian…

Kata orang angka tidak boleh berbohong. Daripada 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial yang diturunkan dari 2022 sehingga 1 Februari lalu sebanyak 209,006 yakni 93.1 peratus adalah di platform Facebook sahaja. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kata ini bermaksud Facebook adalah lubuk iklan-iklan judi dalam talian. Beliau beritahu demikian di Dewan Rakyat pada Khamis bagi […]

Kerajaan diminta perkenalkan Akta “Good Samaritan”

Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat menyeru kerajaan agar memperkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam dan responden pertama yang secara sukarela membantu individu dalam kecemasan. Pengerusi pertubuhan itu Tan Sri Lee Lam Thye berkata undang-undang sama telah wujud di banyak negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan United Kingdom bagi memastikan individu […]

Lawatan Erdogan cermin Malaysia rakan strategik utama Turkiye

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan strategik utama menjelang lawatan rasminya, sekali gus menegaskan komitmen Turkiye dalam mempererat hubungan dua hala dan kerjasama dalam isu global, khususnya perjuangan Palestin. “Kami memulakan lawatan empat hari ini bagi memenuhi jemputan Malaysia, Indonesia dan Pakistan,” kata Erdogan dalam satu hantaran di akaun rasmi X […]

Perkukuhkan peranan DBKL, dengar suara penduduk…

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-51, orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami. Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata Kuala Lumpur bukan sahaja perlu menjadi pusat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan, tetapi juga sebuah bandar yang […]

Malaysia tidak akan sesekali menjadi penonton tatkala kezaliman bermaharajalela…- Setpol PM

Saya terpanggil untuk menyanggah beberapa pandangan dangkal termasuk dari seorang mantan Menteri yang telah mendakwa bahawa Malaysia perlu lebih mengutamakan rakyat sendiri ketimbang nasib rakyat Palestin yang nun 7600km jauh dari tanah air. Ternyata ia bukan sekadar hujah yang kurang cerdik, tetapi juga mencerminkan satu gejala kejahilan moral yang membimbangkan. Justeru, adalah kita hanya perlu […]

Laksanakan semula GST pada kadar 2 peratus – CEO MRANTI

Kerajaan disaran mempertimbangkan untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar dua peratus, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRANTI Corporation Sdn Bhd, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff. Beliau berkata, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus. “GST adalah satu sistem cukai […]

WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan. Presiden berkenaan Datuk Dr Adnan Mat berharap jawatankuasa itu akan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk wakil kesatuan sekerja dan pekerja yang terlibat secara langsung dalam […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.