Wednesday - 12, March 2025

Ini dia platform media sosial yang jadi lubuk iklan perjudian…

Share

Kata orang angka tidak boleh berbohong.

Daripada 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial yang diturunkan dari 2022 sehingga 1 Februari lalu sebanyak 209,006 yakni 93.1 peratus adalah di platform Facebook sahaja.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kata ini bermaksud Facebook adalah lubuk iklan-iklan judi dalam talian.

Beliau beritahu demikian di Dewan Rakyat pada Khamis bagi menjawab soalan Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) berkait langkah kerajaan dalam membanteras aktiviti judi dalam talian yang semakin berleluasa.

Fahmi kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) buat pemantauan proaktif bagi memastikan persekitaran internet di Malaysia bebas daripada kandungan dalam talian yang melanggar undang-undang termasuk kandungan perjudian dalam talian,”katanya.

Menteri itu memberitahu setakat ini pihaknya melalui MCMC menerima kerjasama yang baik daripada penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial meski ada beberapa platform yang masih berlengah menurunkan iklan berkaitan judi haram itu.

“Sejak kita memulakan proses dan rejim pelesenan ini, kita dapati banyak platform memberikan respons yang berbeza-berbeza, ada yang sangat bersedia untuk memberi kerjasama, ada yang culas dan memberikan pelbagai alasan untuk melengahkan proses.

“Secara umum, saya bagi contoh dalam platform seperti Youtube kita dapati iklan judi juga banyak disiarkan dari 1 Januari hingga tengah malam tadi sebanyak 5,167 kandungan dipohon untuk diturunkan dan 5,115 yang Youtube sudah turunkan.

“Bermaksud walaupun Google pada waktu ini belum dilesenkan tapi kerjasama yang mereka berikan sangat baik berbeza dengan Telegram yang mana secara keseluruhan hanya 39 peratus daripada permintaan diuruskan,” katanya.- 13/2/2025

Read more

khabar terbaru