Category Archives: SUARA PEMBACA

Kampung Digital: Guna QR cari alamat lebih mudah…

Sebelum ini ‘lori kepala merah’ menjadi petunjuk untuk penghantar barang atau saudara-mara sampai ke rumah Kamsiah Abdul Rahim di Kampung Guan, Kuala Linggi, tetapi dengan penggunaan kod respons pantas (QR) di bawah inisiatif Kampung Digital Melaka pencarian kediaman itu kini lebih mudah. Kamsiah, 67, yang tinggal di kampung itu sejak lahir, berkata penggunaan kod QR […]

Singapura perkenal kod ADS lindungi kanak-kanak dari kandungan digital berbahaya

Singapura mengeluarkan kod amalan baharu yang memerlukan Perkhidmatan Pengedaran Aplikasi (ADS) melaksanakan langkah-langkah keselamatan sistem termasuk pengesahan umur bagi melindungi pengguna terutamanya kanak-kanak daripada kandungan digital berbahaya.   Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) memaklumkan bahawa “Kod Amalan untuk Keselamatan Dalam Talian ADS” ini akan berkuat kuasa mulai 31 Mac dan terpakai kepada ADS yang mempunyai capaian […]

MCMC tegas turunkan kandungan pembuli siber… 8,756 diambil tindakan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. Beliau berkata angka berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya iaitu dengan sebanyak 1,763 kandungan diturunkan. “Kita semua perlu lebih berhati-hati dan bijak dalam menggunakan platform digital, serta sentiasa menjaga etika […]

Sekolah digital bentuk pelajar celik teknologi, elak jadi mangsa ancaman siber

Pelaksanaan sekolah digital dijangka merevolusikan sistem pendidikan negara dengan melahirkan pelajar celik teknologi dan melindungi mereka daripada ancaman siber. Ketua Pegawai Eksekutif Impressive Communication Sdn Bhd Tan Sri Abdul Halim Karim berkata sebagai syarikat yang menyediakan kelengkapan telekomunikasi dan Internet, pihaknya komited untuk meningkatkan kesedaran golongan muda tentang penggunaan teknologi digital di sekolah. “Pelaksanaan sekolah […]

Capaian internet di Pahang lebih meluas bila JENDELA fasa 1 operasi sepenuhnya April ini

Penduduk Pahang tentu gembira mendengar khabar kemajuan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa 1 negeri itu yang akan meluaskan lagi capaian internet. Jika semua berjalan lancar pelan JENDELA fasa satu itu dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang April ini. Hal ini dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad […]

Pegawai pengurusan tertinggi syarikat penyiaran ditahan, disyaki terlibat pengubahan wang haram

Polis menahan lima individu termasuk seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram menerusi Op Ragada hari ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata mereka yang terdiri empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun itu ditahan di beberapa lokasi termasuk di […]

Ekonomi Johor bakal saingi Lembah Klang 5 tahun lagi

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka meletakkan Johor sebagai saingan Lembah Klang dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata berdasarkan penilaian awal, zon ekonomi khas yang baru dimeterai itu bakal menyumbang tambahan AS$28 juta (RM125.9 juta/ $38.2 juta) kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) setahun. “JS-SEZ membuktikan Malaysia-Singapura wajar […]

IRC 2025 tekankan inovasi dan kawal selia dalam era digital

Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berakhir dengan penuh kejayaan, menekankan peranan hubungan antara inovasi dan kawal selia dalam era digital yang berkembang pesat. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata persidangan itu membincangkan isu penting meliputi kawal selia telekomunikasi, ketahanan siber serta kesan transformasi kecerdasan buatan (AI), […]

MCMC kaji pelaksanaan Sistem Alamat Nasional

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat menjalankan Kajian Pelaksanaan Sistem Alamat Nasional (NAS) yang bertujuan membentuk rangka sistem pengalamatan yang berautoritatif, seragam dan bersepadu di peringkat kebangsaan. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata apabila siap sepenuhnya, NAS akan menjadi sistem tunggal bagi sumber alamat yang autoritatif dan diiktiraf oleh kerajaan sebagai […]

Kampung Digital Melaka yang pertama di Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama strategik dengan kerajaan Melaka menerusi perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM). MCMC dalam kenyataan memaklumkan inisiatif itu adalah langkah strategik untuk memastikan setiap premis di negeri itu dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik. “Perjanjian ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi dan infrastruktur digital yang lebih […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.