Category Archives: SUARA PEMBACA

Bertabahlah rakyat Malaysia…

Semalam ringgit jatuh ke paras terendah dalam 26 tahun iaitu 4.728 berbanding dollar Amerika Syarikat. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun lalu pula hanya berkembang pada kadar 3.8 peratus, iaitu gagal mencapai sasaran 4 hingga 5 peratus seperti yang diunjurkan sebelum ini. Jumlah dagangan Malaysia juga terus menjunam pada Disember tahun lalu apabila […]

PAS kutuk keras perbuatan khianat terhadap Ahli Parlimen DAP

PAS memandang serius dan mengutuk keras perbuatan khianat terhadap Ahli Parlimen Beruas, YB. Dato’ Ngeh Koo Ham di rumahnya awal pagi tadi mengakibatkan kerosakan harta benda milik beliau. Menurut kenyataan polis berikutan insiden itu, yang kini disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan diklasifikasikan sebagai perbuatan “khianat dengan api”, beberapa buah kenderaan milik Ngeh telah […]

Asyraf Wajdi bagi 3 faktor Langkah Dubai ‘karut’

Tak sangka tahap Menteri Besar (Datuk Seri Sanusi Muhammad Nor) pun sanggup bermain dengan persepsi seolah-olah Kerajaan akan tumbang dalam masa terdekat. Apakah kenyataan seperti ini bertanggung-jawab sedangkan kepimpinan PN pun menafikan ada sebarang gerakan seumpama itu? Apakah YAB MB Kedah mahu mensabotaj ekonomi negara yang hari ini sudah melalui fasa pemulihan selepas mendapat keyakinan […]

Cabaran PKR menjelang PRU16

TAHUN baharu 2024 sepatutnya menjadi permulaan buat Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum kali ke-16 (PRU16). Rekod pencapaian PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November 2022 lalu tidak begitu memuaskan berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018. PKR memenangi 49 kerusi Parlimen menerusi PRU14 tetapi dalam PRU15, […]

Benarkah wujud perpaduan dalam Kerajaan Perpaduan ini? …Muhyiddin Yassin tanya

Setahun yang lalu, Malaysia bereksperimen dengan sebuah kerajaan yang dianggotai oleh parti-parti yang berlainan ideologi. Parti DAP, iaitu parti terbesar dalam kerajaan, adalah sebuah parti yang mempunyai ideologi berhaluan kiri yang tidak mengiktiraf kewujudan masyarakat Bumiputera di negara ini. Deklarasi Setapak 1967 yang menjadi asas ideologi DAP secara terang-terangan menolak kategori masyarakat Bumiputera dan bukan […]

PAS kesal pemimpin DAP terus timbul isu divisif dan provokatif undang polimek

PAS merakamkan rasa kesal berhubung kecenderungan berterusan pemimpin DAP, khasnya yang berada di luar kerajaan, membuat kenyataan-kenyataan yang bersifat divisif, mengundang polemik tidak perlu, diragui kejujurannya, selain berpotensi besar mencetuskan suasana tidak harmoni dalam masyarakat. Terbaru ialah cadangan Ahli Parlimen Beruas Dato’ Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar undang-undang dalam kalangan orang bukan Islam […]

Tidak perlu pakar bukan Islam dalam jawatankuasa mengkaji undang undang Syariah

Tidak perlu pakar bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah menurut Perlembagaan Persekutuan. Cadangan YB Ngeh Koo Ham ini tidak berpijak di bumi yang nyata malah hanya bakal mencetuskan polemik yang tidak perlu dalam suasana harmoni rakyat pelbagai agama dan kaum selama ini. Sejak merdeka, Mahkamah Syariah adalah dikhususkan kepada rakyat beragama […]

Peluncuran PADU untuk menjayakan satu dari reformasi utama ekonomi negara

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim akan meluncurkan Pangkalan Data Utama (PADU) kerajaan pada hari Selasa, 2 Januari 2024 ini. Orang ramai dijemput hadir untuk mendengar sendiri bagaimana PADU akan menjadi komponen utama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan. Bagi mereka yang ingin menyertai acara peluncuran ini, saudara/i boleh mendaftar di laman https://setahun.ekonomi.gov.my/ Mereka […]

Saya terkedu ditegur PMX…dimana ahli MT UMNO yang ramai itu

Saya terkedu apabila PMX menasihati kepimpinan UMNO supaya turun padang bagi menjelaskan hubungan dengan DAP. Kenapa biarkan orang lain bersuara sebegitu?. Dimana Ahli MT yang ramai itu?. UMNO ada 191 bahagian. Tak boleh ke setiap ahli MT ditugaskan untuk menjadi abang angkat/bapak angkat/atok angkat kepada beberapa bahagian untuk turun padang bagi menerangkan kekeliruan tentang hubungan […]

Pilihanraya PBT : Kepentingan ideoloji dan politik kepartian DAP ,bukan agenda nasonal

PAS memandang serius perkembangan mutakhir dalam naratif politik tanah air,terutamanya yang melibatkan pemimpin veteran DAP kerana mendapati iasangat tidak wajar dan berpotensi mencetuskan ketegangan serta suasanatidak harmoni dalam masyarakat. Selain itu, hakikat bahawa ia dibangkitkan oleh pemimpin kanan sebuah partiyang merupakan komponen kerajaan juga menimbulkan kecelaruan dan syakwasangka terhadap dasar dan hala tuju kerajaan sendiri, […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.