Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan pembukaan ibis Styles Sepang KLIA hpada Jumaat. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, Pengerusi iSY Hotel Sdn Bhd, Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir serta barisan pengurusan kanan. Turut berangkat, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku […]
Category Archives: KEMBARA
Berita baik bagi penumpang penerbangan selepas Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) boleh ‘refund’ jika pesawat ‘delay’ lebih lima jam. Pengarah hal ehwal pengguna MAVCOM Pushpalatha Subramaniam berkata, syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa perlu menyediakan bayaran balik kepada penumpang dalam kaedah pembayaran asal. “Ini adalah pilihan baharu untuk pengguna atau penumpang yang tidak mahu meneruskan perjalanan mereka […]
Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 34.2 juta orang pada suku keempat tahun lepas, meningkat 1.3 peratus berbanding 33.7 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, daripada jumlah itu 30.8 juta ialah warganegara, manakala selebihnya, 3.4 juta bukan warganegara. “Penduduk lelaki meningkat kepada 18 juta daripada 17.7 juta […]
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelakkan daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat kerana kawasan itu dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik. Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata polis Thailand mengenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh […]
Polis Narathiwat menasihati rakyat Malaysia yang melancong ke selatan Thailand supaya tidak berkunjung ke perkampungan nelayan yang dikenal pasti sebagai lokasi panas dadah. Ketua Polis Narathiwat, Kolonel Pratya Baite hari ini berkata, pengedar dadah di wilayah itu biasanya akan memilih perkampungan nelayan untuk membina sarang mereka. “Kami mendapat maklumat bahawa pengedar dadah di wilayah ini […]
Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Persatuan Ejen Pelancongan Guilin telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama pelancongan antara Malaysia dan China. MATA dalam kenyataan hari ini memaklumkan MoU itu bertujuan meningkatkan perjalanan dua hala, mempromosikan pertukaran pelancongan dan peluang ekonomi untuk kedua-dua negara. Menurut MATA, kerjasama itu akan memainkan peranan penting untuk menyokong […]
Syarikat penerbangan Firefly Malaysia bakal memulakan dua laluan penerbangan langsung baru ke Kuching, Sarawak dan Singapura dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB) atau Subang SkyPark di Selangor mulai 24 Mac. Laluan baru ini akan beroperasi sehingga enam kali seminggu daripada 24 Mac, dan akan meningkat kepada tujuh kali seminggu mulai 30 Mac. Penerbangan […]
Pusat Perlancongan Islam atau Islamic Tourism Centre (ITC) digesa untuk mengambil langkah proaktif dalam membangunkan produk pelancongan mesra Muslim yang inovatif dan berdaya saing khususnya dalam usaha Malaysia memperdalam hubungan pelancongan dan kebudayaan dengan China. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata Malaysia dan China mempunyai warisan Muslim yang kaya untuk […]
Sekurang-kurangnya empat kawasan pantai di wilayah Riau, Indonesia, dikenal pasti sebagai pintu penyeludupan utama pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia. Badan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) Riau mengenal pasti kawasan berkenaan sebagai Medang Kampai di Kota Dumai, Rupat di Bengkalis, pesisir Indragiri Hilir dan Bagan Siapiapi di Rokan Hilir. Ketua BP3MI Riau, Fanny Wahyu […]
Malaysia merupakan destinasi pilihan utama pelancong Indonesia, demikian menurut data terbaru yang dikeluarkan Badan Perangkaan Pusat (BPS) negara itu. Menurut data tersebut, tahun lepas, seramai 8.9 juta pelancong Indonesia melancong ke luar negara. Berdasarkan negara destinasi pelancong domestik pada Disember 2024, negara di rantau ASEAN masih mendominasi senarai sepuluh negara yang paling banyak dikunjungi pelancong […]










