Category Archives: KEMBARA

Taman Oriental di Suria KLCC sempena Tahun Baharu Cina

Pusat beli-belah ikonik Suria KLCC menyajikan pengalaman yang menakjubkan, ganjaran membeli-belah dan persembahan budaya kepada para pengunjung sempena perayaan Tahun Baharu Cina, bermula 3 Jan hingga 9 Feb ini. Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd Francis Tan berkata kempen dengan tema Taman Oriental Kontemporari yang berlatarkan warna merah dan emas di Centre Court Suria […]

Perarakan kereta lembu serikan sambutan Ponggal Madani

Selain memasak ponggal (nasi manis) beramai-ramai secara tradisional menggunakan lebih 300 belanga, perarakan 21 kereta lembu turut mencuri tumpuan pada Pesta Ponggal MADANI dan Kebudayaan peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Uban 2025 di sini. Perarakan kereta lembu sejauh dua kilometer dari Taman Brown ke Kompleks Belia dan Sukan di Gelugor Pulau Pinang, yang […]

Rakyat Malaysia suka naik bas melancong Thailand, Singapura

Permintaan terhadap pengangkutan bas semakin memberangsangkan khususnya melibatkan perjalanan rentas sempadan ke Singapura dan Thailand. Berdasarkan cerapan data redBus pada 2024, didapati laluan dari Kuala Lumpur ke Hatyai Thailand telah mencatatkan pertumbuhan yang baru dengan sebanyak 73 peratus sementara laluan dari Johor Bahru ke Singapura pula telah alami peningkatan sebanyak 88 peratus. Perkembangan ini menurut […]

Kes culik pelancong China goncang Thailand

Kehilangan pelancong China di Thailand menjadi tumpuan umum selepas insiden penculikan melibatkan pelakon terkenal China, Wang Xing. Selepas Xing ditemui, laporan mengenai dua pelancong wanita China yang hilang turut muncul. Mereka dilaporkan diculik selama seminggu, dengan laporan rasmi diterima pada hari Selasa, 7 Januari 2025, dan hanya ditemui pada hari Selasa, 14 Januari 2025. Menariknya, […]

Indonesia: Ancaman letupan tiga gunung berapi sekaligus…

Kenapa yang hendak melancong ke Indonesia… hati-hati dan selalu baca perkembangan terkini bencana di negara itu. Ini berikutan ancama letusan tiga gunung berapi yang sudah mula menunjukkan aktiviti sebelum letupan seperti keluar kepulan asap dan ada yang sudahpun memuntahkan lava panas. Tiga gunung berapi tersebut adalah Gunung Ibu, Gunung Lewotobi Laki-Laki dan Gunung Merapi ketika […]

Operasi feri Labuan-KK ditangguhkan kerana faktor keselamatan

Pengoperasian semula perkhidmatan feri antara Labuan dan Kota Kinabalu ditangguhkan susulan isu keselamatan, bukan kerana kelemahan dalam persediaan. Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holdings Noor Halim Zaini berkata Terminal Feri Antarabangsa Labuan telah bersedia untuk menyambung perkhidmatan namun keadaan jeti di Jesselton Point, Kota Kinabalu, mempunyai risiko keselamatan untuk pendaratan penumpang. Beliau berkata perkhidmatan feri berkenaan […]

20 negara paling berbahaya untuk pelancong 2025

Sebelum booking tiket pergi melancong, terutamanya ke luar negara, adalah baik untuk mengetahui risiko keselamatan negara yang anda akan pergi. Negara paling berbahaya di dunia untuk dilawati pada 2025 telah didedahkan dalam kajian baharu tentang risiko keselamatan, kesihatan dan perubahan iklim di seluruh dunia. Somalia, Sudan, Sudan Selatan dan Republik Afrika Tengah disenaraikan sebagai antara […]

Passport terkuat di dunia… Malaysia tangga 12, Singapura juara bertahan

Peralihan tahun adalah detik yang sering ditunggu oleh pengembara dunia yang ingin melihat negara mana yang bebas visa untuk mereka lawati. Rakyat negara yang mempunyai pasport terkuat di dunia akan mempunyai kebebasan untuk melancong, tanpa perlu bersusah payah memohon visa terlebih dahulu. Memasuki 2025, negara manakah yang mempunyai pasport terkuat di dunia? Indeks Pasport Henley […]

Isu seni bina masjid tiada dalam video promosi TMM2026… Ini penjelasan Menteri Pelancongan

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata elemen seni bina masjid akan dimasukkan dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) yang lebih terperinci dalam masa terdekat. Beliau berkata, video montaj yang dikritik selepas tidak mempamerkan elemen masjid sebelum ini hanyalah video pelancaran ringkas dan pendek dengan durasi 41 saat. […]

TMM2026: Malaysia sasar kedatangan 35.6 juta pelancong

Tourism Malaysia optimis kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) mampu mencapai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong tahun depan sekali gus merancakkan sektor pelancongan negara. Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy berkata kempen yang akan bermula pada 1 Jan 2026 itu, juga memberi peluang kepada Malaysia menonjolkan keunikan budaya, alam semula jadi, serta infrastruktur […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.