Wednesday - 5, February 2025

Rakyat Malaysia suka naik bas melancong Thailand, Singapura

Share

Permintaan terhadap pengangkutan bas semakin memberangsangkan khususnya melibatkan perjalanan rentas sempadan ke Singapura dan Thailand.

Berdasarkan cerapan data redBus pada 2024, didapati laluan dari Kuala Lumpur ke Hatyai Thailand telah mencatatkan pertumbuhan yang baru dengan sebanyak 73 peratus sementara laluan dari Johor Bahru ke Singapura pula telah alami peningkatan sebanyak 88 peratus.

Perkembangan ini menurut data, telah disokong hasil proses kemasukan ke negara terlibat semakin mudah misalnya ke Singapura tidak lagi memerlukan tindakan memaparkan pasport mereka ketika sesi pemeriksaan imigresen.

Tidak hanya itu, perubahan saluran tempahan perjalanan menggunakan akses secara atas talian turut meningkatkan lagi penggunaan bas selaku pilihan pengangkutan pelancong di Malaysia.

Jelas redBus, 81 peratus daripada semua tempahan bas adalah dilakukan menerusi aplikasi dan angka itu meningkat sebanyak 19.4 peratus berbanding tahun 2023.

Sementara taburan tempahan ketika perayaan pula dilihat didominasi oleh golongan muda dengan 50 peratus tempahan melibatkan pengguna berusia 18 tahun sehingga 24 tahun.

Dan lebih menarik mengikut data redBus, bulan Disember menjadi bulan yang paling sibuk bagi perjalanan melancong dan April pula menjadi bulan yang paling lenggang.

Melihat pada kemudahan itu, redBus menjangkakan Tahun 2025 akan lebih rancak berikutan pelbagai aktiviti kebudayaan, hiburan akan dilaksanakan di Malaysia, Singapura dan Thailand.

Selain daripada pengangkutan bas, tempahan tiket feri turut meningkat melibatkan laluan Pulau Langkawi ke Koh Lipe dan Johor ke Batam.-17/1/2025

Read more

khabar terbaru