Category Archives: KEMBARA

Pulau Pinang antara tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara

Portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet, menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara. Menerusi laman webnya 2 Jan lepas, Lonely Planet menggambarkan Pulau Pinang sebagai gabungan budaya berwarna-warni dengan pengaruh Melayu, Cina dan India yang terserlah dalam makanan, seni bina dan tradisi. “Ibu negeri pulau tropika itu, […]

Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand pada 2024

Thailand menyambut lebih daripada 35 juta pelancong antarabangsa pada 2024, melepasi sasaran kerajaan, ketika negara ini berusaha memulihkan ekonominya yang lembap, menurut pegawai kerajaan pada Isnin. Sektor pelancongan, yang merupakan bahagian penting ekonomi Thailand dan menyumbang hampir 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah bergelut sejak pandemik COVID-19 dan perubahan tabiat pelancong. Menurut […]

Jaminan makanan halal tarikan kapal Resorts World One berlayar ke Dubai, Oman

Kesemua makanan dihidang di restoran di atas kapal persiaran mewah, Resorts World One dijamin halal adalah tarikan bagi mereka yang mahu menikmati pengalaman pelayaran tengah laut. Kapal Resorts World One, yang baru sahaja memulakan pelayaran sulungnya ke rantau Teluk pada 1 November, menawarkan pengalaman pelayaran luar biasa dengan pelbagai kegiatan dan lawatan ke destinasi-destinasi menarik […]

Aplikasi khusus untuk rakyat Malaysia yang nak guna kod QR Imigresen di KLIA

Pengembara warganegara Malaysia perlu memuat turun aplikasi MyBorderPass untuk mendaftarkan maklumat perjalanan sebelum menggunakan sistem kod respons pantas (QR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Jabatan Imigresen (JIM) dalam hantaran di laman sosial hari ini,memaklumkan, selepas aplikasi berkenaan dimuat turun, pengembara perlu mengesahkan wajah bagi proses pengesahan sebelum memulakan perjalanan atau semasa ketibaan. “Ia […]

Malaysia 10 negara paling aman di dunia…

Walaupun Malaysia berada di kedudukan antara 10 negara paling aman di dunia, terdapat ruang untuk pembaikan, terutamanya dalam meningkatkan keselamatan pelancong, kepelbagaian budaya dan infrastruktur. Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Nigel Wong menggesa usaha untuk menambah baik kemudahan awam, menguatkuasakan langkah keselamatan yang lebih ketat dan menaik taraf infrastruktur untuk meningkatkan imej […]

Perarakan Chingay simbol kerjasama berbagai kaum

Ribuan orang termasuk pelancong tempatan dan asing memeriahkan Perarakan Chingay Pulau Pinang 2024 hari ini yang menyajikan persembahan memukau yang penuh warna-warni serta pertunjukan seni budaya pelbagai kaum. Perarakan Chingay tahun ini bermula 6 petang di Jalan Johor di Padang Brown di sini menuju ke Jalan Datuk Keramat, Jalan Penang, Lebuh Chulia dan Jalan Masjid […]

KTMB perkenal tren MySawasdee Edisi Pulau Pinang mulai 29 Dis ini

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan perkhidmatan khas tren MySawasdee Edisi Penang dari Stesen Butterworth-Hat Yai-Butterworth yang akan beroperasi sebagai percubaan laluan bermula 29 Dis ini hingga 5 Jan depan. KTMB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan percubaan laluan itu bertujuan untuk menilai permintaan dan sambutan pengguna terhadap perkhidmatan tren khas berkenaan, sebagi perancangan pelaksanaan […]

Pelancong domestik belanja RM25.6 bilion – DOSM

Prestasi pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada suku ketiga 2024 dengan merekodkan 66.3 juta pelawat dan jumlah perbelanjaan RM25.6 bilion, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Khamis. Laporan DOSM itu berdasarkan Survei Pelancongan Domestik Malaysia (DTS) suku ketiga 2024. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bagaimanapun bagi perbandingan […]

Malaysia pilihan pelancong antarabangsa sambut tahun baharu

Malaysia merekodkan peningkatan carian pelancong antarabangsa untuk bercuti hujung tahun sempena perayaan Krismas dan sambutan tahun baharu. Pengarah platform percutian digital, Agoda, Fabian Teja berkata, platformnya mencatatkan pertambahan sebanyak 13 peratus dalam pencarian oleh pelancong antarabangsa untuk penginapan di Malaysia pada 31 Disember ini. Menurutnya, kejayaan Malaysia menarik perhatian pelancong antarabangsa untuk meraikan ambang tahun […]

Pelancongan santai, memulihkan diri pilihan rakyat Malaysia

Kajian baharu oleh platform pelancongan terkemuka Asia Tenggara, Traveloka bersama YouGov mendedahkan bahawa rakyat Malaysia semakin memilih pelancongan santai untuk berehat dan memulihkan tenaga, dengan 31 peratus pengembara tempatan menjadikannya tujuan utama perjalanan mereka. Angka ini mengatasi purata serantau Asia Pasifik sebanyak 26 peratus, mencerminkan minat tinggi rakyat Malaysia terhadap aktiviti yang menyegarkan minda dan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.