Dalam suasana lebaran yang penuh keberkatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan silaturahmi daripada sahabat lama yang juga Presiden Indonesia, Prabowo Subianto lewat petang Ahad. Menerusi facebooknya Anwar memberitahu mereka berbincang mengenai isu-isu serantau yang penting, termasuk tarif baharu yang diterapkan Amerika Syarikat terhadap negara-negara ASEAN, selain menyentuh usaha dan tindakan bersama dalam […]
Category Archives: YANG VIRAL
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh pada Sabtu menjadi wadah menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini Bertemakan ‘Ihsan Menyentuh Jiwa, Toleransi Menyatu Negara’, ia digarap bagi mengangkat nilai ihsan serta semangat toleransi yang menjadi asas kepada kesatuan masyarakat sekali gus sebagai jambatan dalam […]
Meskipun adakala “terusik” sedikit dengan insiden tertentu, perpaduan rakyat di negara ini tetap utuh dan dapat disaksikan ketika berlaku musibah serta sambutan perayaan. Musim perayaan khususnya, disifatkan menjadi titik penyatuan dalam mengeratkan hubungan masyarakat berbilang bangsa sambil meraikan kepelbagaian budaya yang menjadi identiti negara. Tempoh itu menjadi ruang waktu paling tepat untuk setiap ahli masyarakat […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil keterangan dua pentadbir utama sebuah kumpulan Facebook yang dijadikan platform penyebaran maklumat serta komentar dipercayai boleh membangkitkan ketegangan kaum dan agama seterusnya mencetuskan ketidaktenteraman awam. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan sesi rakaman percakapan ke atas dua individu berkenaan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya pada […]
Dengar cerita kenangan pada peristiwa kebakaran besar hampir sebulan lamanya di Los Angeles,Amerika pada Januari lalu membuat ramai yang seram sejuk melihat api yang menjulang tinggi semasa waktu puncak kebakaran saluran gas di Putra Heights,Selangor Selasa. Kita di sini bernasib baik kerana faktor cuaca seperti ‘The Santa Ana Wind’ yakni musim tiupan angin kencang yang […]
Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempertahankan hubungan baik yang sedia terjalin sejak sekian lama dengan semua warganegaranya tanpa menggira bangsa, agama serta latar belakang. Katanya tanpanya negara ini tidak akan dapat menjamin kestabilan, keamanan yang diharapkan. Dalam perutusan khas sempena perayaan umat Islam selepas […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI pada tahun ini dengan meraikan hari lebaran bersama-sama rakyat di lapan negeri. Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata Anwar akan berkunjung ke Melaka bagi majlis sambutan itu yang juga diangkat sebagai penganjuran Peringkat Kebangsaan pada 5 April ini. Perdana […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid MADANI milik Kumpulan Jakel di ibu negara, hari ini. Pembinaan masjid itu dijangka siap dalam masa dua tahun dari tarikh pembinaan dan akan menjadi satu lagi mercu tanda pembangunan syiar Islam di Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur. Masjid yang berkonsepkan intipati Malaysia dan […]
Dulu-dulu setiap kali menjelang hari raya… iklan Petronas paling ditunggu-tunggu. Mesej yang selalu disampaikan pulak ringkas dan padat. Selalunya berkaitan perpaduan dan keharmonian. Tahun ini lain sikit… Petronas hadir dengan filem web Anak Siapa Ni? untuk mengajak penonton menghayati kembali erti sebenar hubungan kekeluargaan dan nilai persaudaraan. Bagi sesetengah keluarga, saling menziarah bukan lagi keutamaan […]
Tindakan tegas diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), mengheret individu terlibat dalam kes hina agama ke muka pengadilan menjadi antara faktor jumlah kes itu kian berkurangan pada tahun ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 17 kertas siasatan […]










