Category Archives: YANG VIRAL
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti berhubung data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit mencecah RM4.98 seperti yang dipaparkan oleh Google. Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi pada Sabtu, Fahmi memaklumkan kadar terkini ringgit berbanding AS$1 ialah RM4.70. “Tak pasti, jangan kongsi! Maklumat yang […]
Sempena lawatan ke Jerman,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah adakan pertemuan dan perbincangan dengan komuniti Islam di Masjid Şehitlik, Berlin. Dalam pertemuan itu mereka antara lain sempat membincangkan soal pembangunan umat Islam di Jerman serta situasi yang menimpa warga Palestin. Mereka juga sependirian bahawa penderitaan warga Palestin ini mesti dihentikan serta-merta. Perdana Menteri turut […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di Australia telah adakan pertemuan untuk beramah mesra dengan diaspora Malaysia. Majlis diadakan di Melbourne pada Rabu.
Helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang telah melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa pagi semalam telah berjaya dibawa naik dengan bantuan pihak syarikat penyelenggaraan pesawat udara Agensi ini kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi. Pesawat berkenaan kemudiannya dibawa berlabuh di jeti Pelabuhan Klang seterusnya dibawa ke Stesen Udara Maritim Subang […]
Tandatanya mengenai dividen KWSP bagi tahun 2023 terjawab pada Ahad. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru dilantik, Ahmad Zulqarnain Onn umum dividen sebanyak 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus untuk Simpanan Syariah. Pada tahun 2022 dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.35 peratus dan 4.75 peratus bagi Simpanan Syariah. Jumlah seluruh bayaran dividen ialah […]
Tolak sebelah bab politik.Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengajak semua pihak jenguk pada angka kes jenayah seksual kanak-kanak kalau nak bercakap tentang perundangan mengenainya. Beliau berkata demikian kepada wartawan di Putrajaya Jumaat ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman di Dewan Rakyat pada Khamis yang mencadangkan negara perlu mengamalkan undang-undang syariah untuk […]
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bersalah keatas bekas Adun DAP Tronoh,Perak Paul Yong merogol pembantu rumahnya lima tahun lalu. Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan kepada Yong selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya pada 2019. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Hakim Hadhariah Syed Ismail pada […]
Seorang ibu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya Rabu atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya dengan memberi minum susu bercampur air yang mengandungi dadah jenis Methamphetamine di sebuah apartment, minggu lepas. Suri rumah berumur 34 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh. “Saya mengaku bersalah, tapi […]
Hari ini, saya telah menerima Memorandum daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di Putrajaya oleh pimpinan BERSIH yang diketuai oleh Mohammad Faisal Abdul Aziz. Kerajaan Perpaduan terbuka kepada sebarang rekomendasi atau saranan pihak BERSIH khususnya dalam penambahbaikan proses pilihan raya dan reformasi institusi. Beberapa saranan pihak BERSIH menjadi perhatian saya dan terdapat antara […]










