Category Archives: YANG VIRAL

Kelonggaran pakai baju sukan di sekolah diteruskan…

Kelonggaran pemakaian baju sukan ke sekolah diteruskan untuk sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula Mac ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Beliau berkata keputusan itu adalah berdasarkan sesi libat urus yang telah dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk warga pendidik dan ibu bapa. Fadhlina berkata surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai pelanjutan kelonggaran pemakaian sukan […]

Kisah anak tingkatan tiga joli duit Tabung Haji ibu RM25,000 di Genting Highland…

Kisah seperti ini memang jarang berlaku.Namun ia sudah tentu boleh buat kalangan ibubapa lebih berwaspada pada gelagat anak anak. Rasa sukar nak percaya tetapi hakikatnya ia berlaku. Kejadian diberitahu oleh Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu menerusi satu kenyataan pada Khamis. Dalam kes itu polis telah menahan tiga orang yakni seorang pelajar tingkatan […]

Tarif air naik 22 sen semeter padu 1 Februari

Bermula 1 Feb ini, pelarasan tarif air yang baharu bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dilaksana, demikian menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Pelarasan itu, yang menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu, dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif di mana struktur dan komponen tarif air diseragamkan untuk […]

Aset ‘raja dadah Malaysia’ dianggar RM190 juta

Nilai aset kepada seorang lelaki didakwa sebagai ‘raja dadah Malaysia’ berusia 41 tahun yang ditahan di Laos baru-baru ini dianggarkan kira-kira RM190 juta. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata lelaki berasal dari Perak itu pernah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) […]

Henti pertuduhan: Pendakwa Raya tidak perlu beri alasan kepada sesiapa – Peguam Negara

PUTRAJAYA: Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata Pendakwa Raya tidak terikat untuk memberikan sebarang alasan kepada mana-mana pihak terhadap keputusannya untuk menghentikan pertuduhan terhadap orang yang dituduh. Beliau berkata Pendakwa Raya mempunyai hak untuk memulakan dan menghentikan pertuduhan jenayah di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. “Peranan Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya ditetapkan dengan […]

Gangguan bekalan air berjadual di Pulau Pinang pulih sepenuhnya….

PERBADANAN Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan telah berjaya memulihkan bekalan air kepada 590,000 keseluruhan pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual sejak Rabu lepas mengikut jadual yang ditetapkan hari ini. Dalam kenyataan pada Ahad PBAPP memaklumkan tahap ketiga dan tahap keempat pemulihan bekalan air membabitkan 99.5 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai […]

Aset saya bernilai lebih RM50 Bilion, jika kekal dalam perniagaan – Tun Daim

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata, beliau adalah ahli perniagaan yang berjaya dengan memiliki aset-aset dan hartanah melalui aktiviti perniagaan yang sah sebelum terlibat dalam kancah politik. Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin berkata, jika beliau kekal dalam perniagaan dan tidak melakukan apa-apa untuk mengembangkan asetnya secara aktif, nilai […]

Lepas 3 jam di SPRM….Sanusi elak jumpa media

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor biasanya cukup mesra media.Namun kali ini agak lain ceritanya. Hasrat wartawan dan jurugambar hendak menyapa beliau dan mendapat sikit komentar selepas hadir di ibupejabat SPRM di Putrajaya pada pagi Khamis gagal. Sanusi ke situ berhubung isu rasuah Persatuan Bola Sepak Kedah. Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional […]

1.4 juta ahli KWSP terima RM500 caruman tambahan kerajaan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Rabu mengumumkan telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahlinya yang berusia 40 tahun hingga bawah 55 tahun. Dalam kenyataannya, dana persaraan itu berkata, insentif berkenaan diperuntukkan kepada kalangan individu yang mempunyai simpanan KWSP berjumlah RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun […]

Langkah Dubai: Polis akan panggil Papagomo, Che’Gu Bard dan Salim Iskandar – KPN

Polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial untuk memberi keterangan berhubung gerakan “Langkah Dubai” yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tiga individu berkenaan adalah Badrul Hisham Shaharin atau dikenali di media sosial sebagai Che’Gu Bard, Wan Muhammad Azri (papagomo) dan Salim Iskandar. […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.