Category Archives: FOKUS

KEMASKINI : Anwar ‘tembak’ balik Hamzah…dakwa nak elak jawab apakah PN mendukung tauke kaya dan orang asing

‘Tembak menembak’ antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai isu penyasaran subsidi diesel jalan terus. Ini selepas pada Jumaat Perdana Menteri persoal Ketua Pembangkang itu hendak pertahan siapa kerana menentang langkah kerajaan hendak laksana penyasaran subsidi diesel. Pada Sabtu Hamzah mendakwa kritikan Perdana Menteri sebagai satu serangan politik yang […]

PM: Adakah PN mahu terus subsidi orang kaya, warga asing?

Penyasaran subsidi diesel bukanlah bertujuan untuk menyusahkan rakyat sebaliknya ditujukan kepada golongan kaya dan warga asing yang telah lama menikmati subsidi daripada bahan bakar berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Mengapa dia (Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin) sibuk menentang penyasaran (subsidi). Dia nak pertahankan siapa? Kita tekankan penyasaran subsidi ini untuk menarik […]

Al-Fatihah…ADUN PAS Sungai Bakap Pulau Pinang meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya 1.38 tengah hari Jumaat. Pada hujung April lalu, Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keradangan di bahagian perut. Awal hari ini Persuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Yusoff menafikan khabar […]

KEMASKINI : Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainuddin hadapi satu lagi tuduhan rasuah…

Semalam,Khamis di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur manakala pada hari ini,Jumaat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pula. Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin yakni Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad,42 berdepan satu lagi pertuduhan rasuah. Kes ini juga melibatkan orang dan syarikat yang sama. Semalam beliau didakwa menerima suapan wang […]

KEMASKINI: Anak MB Perlis mengaku tak bersalah tuduhan tuntutan palsu…

Mahkamah Sesyen Kangar menjadi tumpuan pada Khamis bila anak kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri didakwa dibawah pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu RM19,505.10. Tuntutan berkenaan berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar. Mohd Syafeeq,35 yang juga menantu Presiden PAS, Tan Sri Abdul […]

Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan dan tempat tumpuan kini diletak di tahap tertinggi…

Tiga kejadian dalam jarak waktu yang dekat sudah tentu mencuri perhatian ramai. Dari kes serangan di balai polis di Ulu Tiram, kemudian cuba ceroboh di pintu pagar Istana Negara dan selepas itu kes sama di balai polis Jalan Datuk Keramat Pulau Pinang. Sekalipun tiga kejadian ini tiada kaitan antara satu sama lain ia telah mendorong […]

Jimat RM4 bilion setahun menerusi penyasaran subsidi diesel yang akan dilaksana…

Penyasaran subsidi untuk bahan api diesel akan dilaksana dan sebagai permulaan ia hanya melibatkan kawasan semenanjung dan tidak diSabah dan Sarawak. Langkah itu bakal jimat wang negara sekitar RM4 bilion setahun yang mana wang ini sebelumnya memberi manfaat kepada golongan mahakaya dan kira-kira 3.8 juta orang asing. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang umum […]

KTMB dakwa ‘Pinkfish Express’ ikut garis panduan…Dr Akmal ajak buat ‘pesta liar’ dalam bilik CEO

Setelah timbul kontroversi mengenai penganjuran ‘Pinkfish Express’ dalam koc sewa khas Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Khamis lalu yang didakwa sebagai ‘pesta liar’ …pihak KTMB pada Selasa tampil dengan kenyataan pertahan penyewa berkenaan mematuhi syarat ditetapkan olehnya. Serentak dengan itu pada waktu yang sama Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh menyertai suara pelbagai kalangan yang menentang […]

Presiden Iran terbunuh helikopter terhempas…Anwar kata Malaysia berduka

Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa orang lain terbunuh apabila helikopter mereka naiki dekat sempadan negara itu dengan Azerbaijan terhempas. Pasukan penyelamat yang temui bangkai helikopter itu kata tiada tanda ada orang yang hidup. Helikopter berkenaan habis terbakar. Selain Raisi dan Abdollahian, turut berada dalam helikopter tersebut ialah Gabenor Wilayah […]

Insiden di balai polis Datuk Keramat,Pulau Pinang pula…lelaki mabuk cuba rampas submesingan

Seorang lelaki yang mabok ditahan selepas pergelutan cuba merampas submesingan jenis HK MP5 daripada anggota polis yang bertugas di pintu pagar Balai Polis Dato Keramat di Georgetown,Pulau Pinang pagi Ahad. Lelaki berkenaan dalam usia 35 tahun tiba dengan sebuah motosikal jam 4 pagi di pintu pagar balai itu. Dia lalu meminta anggota polis yang berkawal […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.