
Enam pimpinan BERSATU dipanggil mengadap Lembaga Disiplin esok,Rabu.
Isu masalah dalaman parti BERSATU terus mencuri perhatian.Ia menjadi semakin hangat bila enam orang pemimpin parti itu dipanggil mengadap Lembaga Disiplin esok,Rabu.
Mereka terdiri dari Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan,Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal,Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Timor Fadhli Ismail,ketua Bersatu bahagian Ampang Isa Saidi dan ketua Bersatu bahagian Pendang Abdul Razak Khamis dan ketua Bersatu bahagian Hang Tuah Jaya, Azrudin Md Idris.
Lembaga Disiplin BERSATU dipengerusikan oleh Datuk Mohammed Radzi Abdul Manan.
Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Tertinggi BEDRSATU dilaporkan mendakwa dia telah dipanggil menghadap lembaga itu bagi menjawab “serangan” terhadap Setiausaha Agung parti Datuk Seri Azmin Ali semasa sidang media 29 September lalu.
“Ya, saya telah dipanggil untuk menjawab serangan saya terhadap Azmin.
Wan Saiful pada masa itu berkata hubungannya dengan Azmin “sejuk, dingi dan beku” sejak tahun lepas, didakwa disebabkan perkembangan baru dalam siasatan berhubung skandal video intim 2019 yang membabitkan bekas Menteri Besar Selangor itu.
Difahamkan pemimpin lain yang dipanggil akan disiasat atas beberapa dakwaan termasuk isu pengumpulan Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk menjatuhkan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka didakwa terbabit mengumpul SD dalam kalangan ketua bahagian BERSATU di seluruh negara bagi mengusulkan perbincangan mengenai langkah transisi kepemimpinan parti kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Bagaimana pun Wan Ahmad Fayhsal pula kata beliau dipanggil bukan kerana isu SD namun dua kes lain yang tidak mahu didedahkan buat masa ini.- 7/10/2025