Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta di Mahkamah Sesyen, hari ini. Muhammad Hafizuddeain membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi. Muhammad Hafizuddeain, 58, didakwa menerima hasil aktiviti haram iaitu wang masing-masing RM969,000, RM474,850, […]
Category Archives: FOKUS
Rasuah perolehan Pertahanan adalah pengkhianatan kepada negara – Anwar Ketika nyawa prajurit, keberkesanan operasi, dan masa depan ketahanan negara dipertaruhkan, amalan rasuah dalam perolehan pertahanan bukan sekadar salah laku—ia adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat dan ancaman eksistensial terhadap kedaulatan bangsa. Dalam konteks inilah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil dengan amaran keras: tiada ruang […]
Bayangkan gabungan politik yang menjanjikan penyatuan seluruh kekuatan Melayu dan Islam di Malaysia—sebuah “kolaborasi agung” yang digembar-gemburkan sebagai jawapan kepada perpecahan berlarutan. Namun, di sebalik retorika penuh semangat itu, timbul soalan besar: adakah ini langkah ikhlas menuju perpaduan, atau sekadar strategi bertahan dalam medan kuasa yang semakin mencabar? Satu pertanyaan menghantui: mampukah “kolaborasi agung” ini […]
Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh pelajar tempatan mulai tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua bidang itu akan diajar dalam bahasa Melayu dan dimasukkan dalam kurikulum mata pelajaran umum yang sudah dirombak semula. “Di peringkat pendidikan tinggi, kita […]
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 mula disalurkan hari ini melibatkan 5 juta penerima, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan, dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM500, bergantung kepada kelayakan masing‑masing. Menurut Anwar, penambahbaikan STR […]
Agaknya selepas ini saya terpaksa lantik sarjan sebagai Panglima Angkatan Tentera. Itu sindiran Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa baginda meluahkan rasa kecewa berlakunya kes rasuah, dalam Angkatan Tentera Malaysia, sampai peringkat tertinggi. Baginda percaya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan kes yang ada. “Ini hanyalah sekelumit daripada segunung […]
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mahu Bahasa Melayu terus diperkasa termasuk sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain. Menurut Baginda kalau ada yang tak terima bahasa Melayu lebih baik jangan duduk di Malaysia. Bertitah ketika pembukaan sidang Parlimen 2026, Baginda menegaskan bahawa apa juga sistem pendidikan yang ingin diperkenalkan harus selari dengan dasar […]
Kata dikota…Datuk Dr Akmal Saleh yang berpakaian santai pada pagi Isnin sibuk kemas barang di pejabat Exco Kerajaan Negeri Melaka. Ini ekoran pengumuman beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2025 minggu lalu hendak letak jawatan sebagai Exco. Beliau memegang portfolio Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka. Akmal bagaimanapun kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri […]
Dewan Merdeka WTC,Kuala Lumpur dimana berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2025 bergema dengan laungan ‘SETUJUUUUUUUU’para perwakilan pada lewat petang Sabtu. “Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) jangan risau, saya tidak akan ada agenda untuk tebuk atap atau mahu menggugat kerajaan perpaduan…” itu antara lain kata Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dalam ucapan pengulungan beliau menjelang akhir perhimpunan […]
Semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada. “Saya berterima kasih kerana Menteri Pertahanan […]










