Panas…ini ada cadangan tangguh pilihanraya negeri Melaka dan Johor

Biar betul…walaupun kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Maslan ini mempunyai lojik yang amat jelas namun ia pasti mengundang polimek politik.

Ahli MKT UMNO dan juga Menteri Kerjaraya pada Isnin buka cadangan agar pilihanraya negeri Melaka yang dijadualkan tahun ini dan pilihanraya negeri Johor tahun depan ditangguhkan.

Alasan beliau berikutan konflik Asia Barat yang masih meruncing dan dalam keadaan geopolitik yang tidak menentu, tidak mungkin pilihan raya boleh dilaksanakan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulai.

Ahmad Maslan kata beliau akan kemuka cadangan itu di Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Jumaat ini.

Beliau berpandangan pilihan raya berkenaan hanya wajar diadakan selepas keadaan kembali tenang.

“Kalau ketidaktentuan politik yang berlaku di luar dan melihat kesusahan rakyat sekarang, mungkin tak adalah PRN minggu depan, itu pandangan logik politik.

“Tak perlu mesyuarat besar pun untuk menyatakan itu dari segi logik politik. Apabila geopolitik payah, masalah harga barang begitu begini, tak akan kita nak buat pilihan raya ketika masalah ini berlaku.

“Jadi, saya ingin mengesyorkan apabila masalah selesai, baru kita boleh pilihan raya dengan tenang. Selagi keadaan tidak tenang, maka PRN Melaka dan Johor perlu difikirkan satu tarikh yang paling strategik,” katanya.

Mandat bagi kerajaan Melaka dijangka tamat akhir tahun ini sementara Johor akan tamat pada Mac tahun depan.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor memaklumkan sudah mencadangkan kepada MKT agar kedua-dua PRN itu dijalankan serentak bagi menjimatkan kos.

Sementara itu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beritahu media pada pertengahan Mac lalu tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum ditetapkan walaupun ia dijangka diadakan pada tahun ini.

Katanya perkara itu belum diputuskan buat masa ini dan orang ramai diminta bersabar menunggu pengumuman rasmi.

“Saya sudah katakan PRN tetap akan berlaku pada tahun ini, tetapi tarikhnya bila saya belum dapat ilham lagi. Minta bersabar.

“Tarikh saya tak boleh beritahu sekarang, nanti bergegar Malaysia,” katanya berseloroh.

Ab Rauf berkata, tempoh pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka hanya akan berakhir pada 30 November 2026, justeru PRN akan diadakan dalam tempoh enam bulan ini.- 13/4/2024

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.