Category Archives: FOKUS

Kerajaan MADANI lulus 563 projek bernilai RM32 bilion di Pahang

Kerajaan Madani telah meluluskan sebanyak 563 projek berkepentingan rakyat bernilai RM32 bilion di Pahang di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, ia termasuk sebanyak 34 projek berkepentingan rakyat bernilai RM1.66 bilion khusus untuk Bentong. Bagaimanapun, Anwar menegaskan, angka tersebut tidak bermakna sekiranya pelaksanaannya gagal menyentuh realiti hidup rakyat. “Kerana […]

Bekas PAT didakwa salah guna kuasa dan pecah amanah

Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral (B) Tan Sri Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan salah guna kuasa bagi mendapatkan suapan dan wang berjumlah lebih RM752,000 dan pecah amanah RM3 juta. Mohd Nizam, 60, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rosli Ahmad. “Faham (pertuduhan), tidak mengaku […]

Sempadan baru… tiga kampung Indonesia masuk ke wilayah Malaysia

Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Sempadan (BNPP), Makhruzi Rahman mendedahkan tiga kampung di Nunukan, Kalimantan Utara kini beralih masuk menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia. Perkara ini dimaklumkan oleh Makhruzi semasa mesyuarat bersama Suruhanjaya II DPR di Bangunan DPR, Senayan, Jakarta pada Rabu. Pada permulaan, Makhruzi menjelaskan isu Outstanding Boundary Problem (OBP) atau pertikaian sempadan belum selesai […]

Ada plot twist politik ke tu?

Bekas menteri kabinet yang juga bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein tiba-tiba saja upload gambar mesra dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook! Bukan sekadar salam-salaman biasa, tapi senyum lebar, duduk sebelah-sebelah, macam dua sahabat lama jumpa balik lepas rindu berbulan-bulan. Tempatnya pun bukan kedai kopi biasa—dalam bangunan Parlimen, waktu sesi […]

KEMASKINI: Bekas PTD mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah RM2.12 juta

Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta di Mahkamah Sesyen, hari ini. Muhammad Hafizuddeain membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi. Muhammad Hafizuddeain, 58, didakwa menerima hasil aktiviti haram iaitu wang masing-masing RM969,000, RM474,850, […]

Rasuah perolehan pertahanan adalah khianat kepada negara – Anwar

Rasuah perolehan Pertahanan adalah pengkhianatan kepada negara – Anwar Ketika nyawa prajurit, keberkesanan operasi, dan masa depan ketahanan negara dipertaruhkan, amalan rasuah dalam perolehan pertahanan bukan sekadar salah laku—ia adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat dan ancaman eksistensial terhadap kedaulatan bangsa. Dalam konteks inilah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil dengan amaran keras: tiada ruang […]

Penyatuan Melayu Raya… Kolaborasi agung atau Ilusi politik?

Bayangkan gabungan politik yang menjanjikan penyatuan seluruh kekuatan Melayu dan Islam di Malaysia—sebuah “kolaborasi agung” yang digembar-gemburkan sebagai jawapan kepada perpecahan berlarutan. Namun, di sebalik retorika penuh semangat itu, timbul soalan besar: adakah ini langkah ikhlas menuju perpaduan, atau sekadar strategi bertahan dalam medan kuasa yang semakin mencabar? Satu pertanyaan menghantui: mampukah “kolaborasi agung” ini […]

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia diperkenal di semua universiti tahun ini

Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh pelajar tempatan mulai tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua bidang itu akan diajar dalam bahasa Melayu dan dimasukkan dalam kurikulum mata pelajaran umum yang sudah dirombak semula. “Di peringkat pendidikan tinggi, kita […]

Kerajaan MADANI peruntuk RM15 bilion bantu rakyat… tertinggi dalam sejarah Malaysia

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 mula disalurkan hari ini melibatkan 5 juta penerima, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan, dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM500, bergantung kepada kelayakan masing‑masing. Menurut Anwar, penambahbaikan STR […]

YDP Agong kecewa kes rasuah ATM…minta SPRM buru di Jabatan Kastam,Imigresen,Polis dan lain-lain

Agaknya selepas ini saya terpaksa lantik sarjan sebagai Panglima Angkatan Tentera. Itu sindiran Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa baginda meluahkan rasa kecewa berlakunya kes rasuah, dalam Angkatan Tentera Malaysia, sampai peringkat tertinggi. Baginda percaya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan kes yang ada. “Ini hanyalah sekelumit daripada segunung […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.