Category Archives: FOKUS

PM bagi tabik hormat pada keberanian SPRM bertindak kes berprofail tinggi…

“Saya salute kepada keberanian saudara-saudara…” itu antara kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membakar semangat wargakerja SPRM di Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-58 agar terus menjadi badan penguatkuasaan yang berkesan dan berani dalam usaha membenteras rasuah dan penyelewengan. Beliau mengiktiraf keberanian SPRM kebelakangan ini bertindak terhadap pemimpin berprofil tinggi, termasuk menteri dan […]

Bersatu vs Bersatu… Saifuddin masuk gelanggang pertahan Wan Saiful

Ahli Parlimen Bersatu Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah masuk gelanggang mempertahankan rakan baiknya Datuk Wan Saiful Wan Jan yang berdepan kecaman selepas mengadakan sidang media pada Isnin. Menurut Saifuddin, sikap penyokong Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang melatah selepas tujuan sebenar akuan sumpah (SD) ditandatangani 120 Ketua Bahagian Bersatu […]

Kes wang RM169 juta: Penentu kedudukan Ismail Sabri terletak pada Peguam Negara

Selepas SPRM berjaya melucut hak dan mengembalikan wang tunai lebih RM169 juta milik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada kerajaan tandatanya terus berlegar bagaimana pula keduduan bekas Perdana Menteri itu. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki pada Rabu memberi jawapan itu ketika ditemui wartawan di Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-58 dan Peluncuran “Keep Malaysia […]

10 ADUN Bersatu Selangor desak Wan Saiful dipecat…

Ini menarik untuk diikuti perkembangannya… selepas Ahli Parlimen Bersatu Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan lepas ‘bom asap’ dakwa video membabitkan Datuk Seri Azmin Ali tulen, pemimpin-pemimpin Bersatu Selangor pulak buat serang balas. Lebih sepuluh ADUN Selangor dari BERSATU hari ini menggesa Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan tegas serta keras iaitu pemecatan ke atas […]

Jemput Trump selari prinsip berani bersuara berdepan bukan menggelak – PMO

Ekoran ada suara yang masih pertikai dan mempersoalkan jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hadiri ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara bulan depan,Pejabat Perdana Menteri (PMO) terus berusaha memberi penerangan agar memahami kedudukan sebenar. Pada Selasa Setiausaha Akhbar Kanan, Tengku Nashrul Tengku Abaidah tampil disesi taklimat harian beliau dengan menjelaskan keputusan […]

PANAS…Wan Saiful dakwa video 2019 yang kaitkan Azmin adalah tulen

Parti BERSATU hari ini bergear dengan kontroversi terbaru yang hangat apabila Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk Wan Saiful Wan Jan secara terbuka mempersoalkan kredibiliti Datuk Seri Azmin Ali menjadi Setiausaha Agung parti itu atas dakwaan beliau terpalit dengan isu video intim yang tular pada tahun 2019. Bercakap dalam sidang akhbar di Petaling Jaya bersama […]

Masih belum boleh laksana caj kenderaan masuk kota – PM

Cadangan untuk mengenakan caj terhadap kenderaan yang memasuki kawasan kota bagi mengurangkan kesesakan lalulintas sudah kedengaran ‘tenggelam timbul’ sejak sekian lama masa pentabiran kerajaan dulu. Bagaimana pula dengan pendirian kerajaan sekarang? Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini beritahu pendirian kerajaan pimpinannya yang tentu jadi khabar gembira. Beliau menegaskan caj berkenaan hanya boleh dilaksanakan […]

Malaysia gesa PBB kenakan sekatan ke atas Israel, laksana reformasi untuk kekal relevan

NEW YORK – Malaysia dengan tegas menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan terhadap Israel, sambil menegaskan bahawa “metastasis” kekejaman rejim Zionis di Timur Tengah tidak boleh dibiarkan berterusan. Sambil menyampaikan Kenyataan Negara pada Perbahasan Umum Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 2025 di sini pada Sabtu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan […]

Lagi…PM jawab isu subsidi RON95…ada ustaz kata ia zalim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya Jumaat menumpukan ucapan beliau beri penjelasan dan jawab kritikan mengenai Program Bantuan Subsidi Madani RON95 (BUDI95) yang akan dilaksana bermula Selasa depan. Nampaknya masih ada pihak kritik tanpa memahami rasional di sebalik dasar itu atau sengaja hendak putarbelitkan perkara berkaitan program yang […]

Flotila ke Gaza…kerajaan akan kaji kaedah terbaik bawa pulang peserta Malaysia

Ketika bot-bot yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) pada Khamis dilaporkan berada pada jarak 1,000 kilometer dari Gaza tanda tanya hangat berlegar mengenai nasib 500 peserta termasuk 34 rakyat Malaysia jika Israel terus ‘main kotor’. Berdasarkan tindak tanduk ganasnya terhadap beberapa misi flotila di masa lampau,ramai kalangan pemerhati menduga rejim zionis itu pasti […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.