Hal ini menjadi antara polimek hangat dalam kes kematian misteri Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Mengapa tiada post mortem yakni bedah siasat dilakukan keatas jenazahnya sejurus dibawa ke hospital selepas kejadian pada 16 Julai? Hari ini dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar mengesahkan pegawai penyiasat yang mengendalikan […]
Category Archives: FOKUS
Rakyat Malaysia seluruh negara dijemput hadir dalam Majlis Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sebagai tanda sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin yang berlangsung di Dataran Merdeka pada 23 Ogos ini. Majlis tersebut yang diadakan bermula pukul 6.30 petang hingga 11.30 malam itu bersempena Karnival Sumud Nusantara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk […]
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengeluarkan amaran tegas kepada semua penjawat awam supaya tidak menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik kandungan yang mengandungi fitnah, maklumat palsu atau kenyataan yang dikuasai emosi. Beliau menekankan, penyebaran maklumat tidak benar melalui platform digital bukan sahaja menjejaskan reputasi individu dan keluarga, malah boleh […]
Siasatan kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir yang mencuri perhatian ramai telah masuk ke episod baru. Ini bila mana ibupejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman telah ambilalih siasatan kes pelajar tingkatan satu yang punca kematianya jadi polimek dan diselubungi pelbagai spekulasi. Satu kenyataan Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) petang Isnin beritahu […]
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan bermula esok,Selasa. Seramai 8.6 juta orang akan terima pembayaran itu melibatkan peruntukan RM2 bilion. Ia bagi meringankan beban kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beritahu dalam satu kenyataan pada Isnin jumlah penerima Fasa 3 meningkat 300,000 orang berbanding 8.3 juta […]
Pada jam 9.25 malam Ahad jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, di Kota Kinabalu. Difahamkan proses bedah siasat keatas jenazahnya yang bermula jam 9 pagi berakhir sekitar jam 7.30 malam. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang. Tanah […]
Entah tiba tiba sejak semalam,Jumaat timbul ‘kisah’ konon mulai Oktober ini penunggang motosikal akan dikenakan tol di lebuhraya. Maka ramailah yang melompat dan isu ini jadi tular tak tentu pasal. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sendiri terkejut. Ditemui wartawan pada satu majlis di Kelantan pada Ahad beliau menegaskan “Apa yang tular di […]
“Arahan kita jelas tiada tolak ansur, tidak kira anak siapa sekalipun, anak menteri atau sesiapa sahaja, saya tidak peduli.” Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pihak yang terlibat dalam insiden trajis kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir. Beliau menegaskan siasatan berhubung kes di Papar,Sabah itu perlu dilakukan secara telus tanpa […]
Ini pertama kali satu senario seperti ini pernah berlaku. Dari rasa simpati dan hasrat untuk menuntut kebenaran serta keadilan keatas kejadian trajis yang menimpa pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang ‘jatuh’ dari tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai lalu telah mencetuskan gelombangan himpunan rakyat. Ribuan orang berhimpun di Sandakan,Tawau dan […]
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan permohonan beliau untuk menyertai parti PKR sudah diterima dua minggu lalu. Tengku Zafrul berkata beliau kini adalah ahli PKR bagi Cabang Ampang. “Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas,” katanya kepada […]










