Category Archives: FOKUS

Sokongan terhadap PM Anwar meningkat kepada 55 peratus – Merdeka Center

Tinjauan oleh Merdeka Center mendapati majoriti pengundi Malaysia memberikan penarafan positif sebanyak 55 peratus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun ini berbanding 43 peratus pada Jun 2024. Organisasi bebas itu, yang memfokus kepada penyelidikan pendapat umum dan analisis sosioekonomi, memaklumkan tinjauan ke atas 1,208 pengundi berdaftar menunjukkan rakyat Malaysia mula merasakan […]

Tindakan AS dalam konflik Iran-Israel burukkan keadaan – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa campur tangan kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Iran-Israel hanya akan memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan kestabilan serantau serta ekonomi global. Beliau berkata, tindakan AS untuk turut serta dalam konflik itu boleh mencetuskan ketegangan lebih besar dan memberi kesan langsung terhadap laluan perdagangan penting dunia […]

Setiausaha Agung PKR nafi Ketua Polis Negara baharu pernah jadi ahli parti itu…

Cerita itu memang mengarut dan tidak lojik.Bayangkan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang sebelum ini adalah Pengarah Cawangan Khas PDRM didakwa pernah jadi ahli PKR. Hal ini dilapor dalam media sosial sebuah akhbar tempatan, semalam. Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh segera keluar kenyataan pada Sabtu menafikan cerita itu. Tegasnya […]

Tarif elektrik : Khabar gembira untuk 23.6 juta pengguna

Desas desus yang berlegar dakwa tarif elektrik baru mungkin membebankan pengguna nyata tidak benar. Suruhanjaya Tenaga (ST) membawa khabar gembira menerusi satu kenyataan mengenai hal berkenaan pada Jumaat. Ia memberitahu lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati tarif elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang diluluskan kerajaan. […]

Ini jawapan Rafizi bila ditanya samaada nak tubuh parti baru…

Selepas melalui pemilihan parti yang sengit dimana beliau gagal pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR dan kemudian letak jawatan Menteri Ekonomi kerana berpegang pada prinsip…tentu ramai yang hendak tahu jawapan Datuk Seri Rafizi Ramli pada satu soalan popular yang sedang berlegar. Apakah beliau akan tubuh sebuah parti baru sebagai wadah untuk dirinya dan para penyokongnya bernaung? […]

PM jamin harga RON95 tidak akan naik ekoran krisis Israel-Iran

Dicelah ketegangan serang menyerang antara Israel dan Iran kebimbangan utama semua orang tentunya berkisar pada soal harga minyak. Ini kerana Iran adalah antara negara pengeluar minyak terbesar dan Selat Hormuz merupakan laluan utama kapal pengangkut minyak dan gas keluar masuk ke Teluk Parsi. Kegusaran yang berlegar ialah apa saja perkembangan besar di Kawasan berkenaan pasti […]

Masalah dadah, vape dalam kalangan belia Melayu membimbangkan… tangani segera – PM Anwar

Gejala penyalahgunaan dadah dan vape dalam kalangan belia khususnya anak muda Melayu pada tahap membimbangkan dan perlu ditangani segera kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata situasi itu kian membarah dan memerlukan penyelesaian menyeluruh melibatkan pelbagai pendekatan termasuk kaunseling dan dakwah. Perdana Menteri berkata isu itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari […]

Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak untuk penambahbaikan semakan SST

Tidak perlu risau sangat berkaitan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (SST) yang kononnya akan menyebabkan semua barangan dikenakan cukai. Sedangkan kerajaan komited untuk mengambil kira pandangan berbagai pihak jika terdapat penambahbaikan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa. Menurut Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata rakyat tidak […]

Dua ADUN Sabah antara tiga akan didakwa kes skandal lesen mineral

Dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang orang awam akan didakwa di mahkamah dalam skandal rasuah pemberian lesen perlombongan mineral di negeri itu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki beritahu demikian kepada media di Kota Kinabalu pada Rabu. Beliau tidak sebut nama mereka tetapi kata SPRM kini sedang menunggu tarikh perbicaraan […]

Kejayaan Kerangka Ekonomi Madani…Malaysia melonjak dalam Ranking Daya Saing Dunia

Satu lagi kejayaan kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas negara merekodkan lonjakan 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) 2025. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, kedudukan terbaharu itu adalah pencapaian terbaik negara sejak 2020, mencerminkan momentum pengukuhan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.