Perikatan Nasional (PN) melalui PAS pada pilihanraya negeri yang lalu menguasai Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perlis. Rakan PAS dalam PN yakni Bersatu juga menyimpan cita cita besar menjelang pilihanraya akan datang. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada Sabtu secara terbuka berkata parti itu pada masa ini menyasarkan jawatan Menteri Besar Pahang, Perak dan Selangor jika PN berjaya merampas […]
Category Archives: FOKUS
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun pertimbangan ekonomi amat penting, namun ia tidak akan mengurangkan atau mengekang pendirian Malaysia dalam menyuarakan tuntutan dan keadilan buat rakyat Palestin khususnya di Gaza. Beliau berkata, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat akan terus menyuarakan pendirian dalam isu-isu antarabangsa termasuk penindasan dan kezaliman di Gaza. Mengambil […]
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah daripada enam pertuduhan pecah amanah melibatkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 billion. Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad […]
Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai ia cuma satu mainan politik biasa mengenai usaha pihak pembangkang untuk menarik keluar Barisan Nasional dari gabungan kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri menegaskan beliau tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pasal cubaan itu. Beliau sebaliknya yakin dengan keutuhan gabungan kerajaan yang […]
Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) akan datang, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata usaha itu menjadi satu daripada lima langkah yang digariskan dalam memperkukuh parti-parti komponen BN bagi meraih […]
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan akan terus memfokuskan kepada agenda pembangunan negara, memperkukuh ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat. “Kita diiktiraf bukan kerana Perdana Menteri tetapi kerana negara ini aman, negara ini […]
Kerajaan membayar untuk penerbangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima negara baru baru ini dan bukan dibiayai oleh mana-mana syarikat. Dalam pada itu pengunaan pesawat sewa khas MAS jenis Airbus A350 kali ini telah menjimatkan RM900,000. Hal ini dijelaskan oleh jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi pada sidang media di Putrajaya […]
Sejak jadi Perdana Menteri ini kali pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat lawatan kerja paling lama ke luar negara meliputi lima buah negara. Bermula 4 hingga 7 November lalu beliau ke China.Beliau pulang sekejap kemudian pada 9 November sehingga kelmarin ke Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil. Beliau ke China atas jemputan daripada rakan sejawatnya […]
Hajat keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin untuk melihat adanya ‘penutup rasmi’ yakni bersalah atau tidak kepada kes mahkamahnya atas tuduhan gagal mematuhi notis tidak mengisytiharkan harta tidak kesampaian. Sekalipun isterinya Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid membuat kenyataan semalam,Selasa mahu kes bekas Menteri Kewangan itu diteruskan…peraturan tetap peraturan. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu melepas dan […]
Ketika tandatanya terus berlegar mengenai kedudukan kes mahkamah Allahyarham Tun Daim Zainuddin ekoran kematian bekas Menteri Kewangan itu pada 13 November lalu…isteri beliau pada Selasa mengeluarkan satu kenyataan media mengenainya. Na’imah Abdul Khalid menuntut agar kes berkaitan pendedahan aset terhadap arwah suaminya itu diteruskan. Beliau menegaskan adalah menjadi hasrat arwah supaya perbicaraan terhadapnya diteruskan di […]










