Saturday - 31, May 2025

PM ziarah Sultan Brunei di IJN

Share

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat keletihan berada dalam keadaan stabil dan baik.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail menziarahi baginda hari ini.

Sultan Hassanal Bolkiah berada di negara ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang berakhir semalam.

“Namun begitu, baginda masih memerlukan pemantauan oleh pasukan perubatan. Ketika ini, baginda ditemani oleh Raja Isteri Pengiran Anak Saleha,” kata PMO.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak pasukan perubatan telah menasihatkan agar baginda tidak menerima sebarang pelawat buat masa ini, kecuali daripada keluarga Diraja Brunei demi memastikan proses pemulihan dapat berjalan dengan lancar.

Katanya, Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan semoga baginda dikurniakan afiyah sesegera mungkin serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.- 28/5/2025

Read more

khabar terbaru