Kenyataan pejabat PM mengenai Rafizi dan Nik Nazmi

Datuk Seri Anwar Ibrahim lulus permohonan cuti Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad tetapi belum ulas mengenai hasrat mereka nak letak jawatan menteri
Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengesahkan sudah menerima surat daripada Menteri Ekonomi serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu.
Katanya Perdana Menteri telah bersetuju untuk meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak mengulas mengenai pengunduran diri mereka daripada menganggotai Kabinet.
“Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” kata PMO.
Rafizi dan Nik Nazmi petang Rabu umum nak letak jawatan menteri setelah tewas dalam pemilihan PKR pada 23 Mei.- 28/5/2025