Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Peranan wartawan penting tapis maklumat, tangani berita palsu – Anwar - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Peranan wartawan penting tapis maklumat, tangani berita palsu – Anwar

Peranan wartawan penting tapis maklumat, tangani berita palsu – Anwar

Wartawan berperanan besar sebagai penapis, penyaring dan pendukung kebenaran demi memastikan masyarakat menerima maklumat yang sahih, seimbang dan berwibawa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam era ledakan maklumat dan penularan berita palsu yang semakin mencabar, peranan wartawan bukan sekadar menyampaikan berita semata-mata.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka atas dedikasi, keberanian dan komitmen demi amanah kepada masyarakat dan negara,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 pada Khamis, Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada semua wartawan atas dedikasi, keberanian serta komitmen mereka dalam menjalankan amanah kepada masyarakat dan negara.

Perdana Menteri dijadual merasmikan sambutan itu dengan anggaran kehadiran kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pada Khamis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengamal media atas jasa dan dedikasi yang tidak ternilai dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Fahmi berharap pengamal media meneruskan komitmen dan amalan beretika dalam menyampaikan maklumat sahih.

“Ini demi membina sebuah negara yang bermaklumat dan berintegriti,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan merasmikan sambutan berkenaan dengan anggaran kehadiran kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.

HAWANA yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi pelaksana akan menampilkan pelbagai acara termasuk Pesta Pantun pada 31 Mei dan majlis prapelancaran bersama rakan strategik di Wisma Bernama pada 3 Jun serta forum media anjuran bersama Institut Akhbar Malaysia (MPI) pada 14 Jun.

HAWANA, yang memasuki edisi kelima tahun ini selepas penganjuran kali pertama pada 2018, merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pengamal media bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.-30/5/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *