FOKUS

UMNO pertikai ‘Langkah Zafrul’…

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Dusuki pada Jumaat malam telah keluar kenyataan pertikai langkah Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar parti itu untuk masuk PKR.

KENYATAAN MEDIA

  1. Merujuk kepada kenyataan YB Senator di dalam laman sosial peribadi beliau, UMNO sehingga saat ini belum menerima secara rasmi surat perletakan jawatan beliau.
  2. UMNO memandang serius niat perletakan jawatan beliau kerana ingin
    menyertai Parti Keadilan Rakyat.
  3. Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpad-
    uan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.
  4. Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian di kalangan parti-parti
    dalam gabungan Kerajaan Perpaduan hingga tercetus pula prejudis dan
    prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan
    kejujuran sesama sendiri di kalangan ahli akar umbi.

DR ASYRAF WAJIDI DUSUKI

SETIAUSAHA AGUNG UMNO

30 MEI 2025

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh dalam hantaran menerusi facebooknya berkata Tengku Zafrul seharusnya turut melepaskan jawatan menterinya selepas membuat keputusan untuk keluar daripada UMNO untuk menyertai PKR.

Dipercayai bernada sinis Akmal berkata ahli UMNO “terlalu gembira” dengan langkah Tengku Zafrul.

“Dan kepada PKR, semoga boleh menerima permohonan masuk Tengku Zafrul dan ia boleh menjadi bukti betapa ‘setianya’ persahabatan antara UMNO dan PKR,” ujarnya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi menilai kesilapan besar UMNO ialah beri layanan karpet merah pada Tengku Zafrul.

Katanya beliau dijadikan calon pilihanraya,Ketua UMNO Bahagian,Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan menteri.

Sambil dakwa Tengku Zafrul tidak pernah ada kesetiaan pada UMNO ,Puad menegaskan hal seperti ini tidak harus diulangi.- 30/5/2025

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button