Wednesday - 4, June 2025

Penjelasan AGC berkaitan pemohonan Anwar rujuk persoalan perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan

Share

Jangan salah faham… permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan tidak bertujuan memberikan kekebalan mutlak kepada mana-mana individu.

Sebaliknya, Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan bahawa permohonan ini tidak bertujuan untuk mendapatkan tafsiran terhadap isu perlembagaan yang belum pernah diputuskan.

AGC memaklumkan antara persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada tindakan sivil berhubung perbuatan sebelum memegang jawatan boleh diteruskan sekiranya ia menjejaskan keupayaan perdana menteri untuk mentadbir.

“Soalan lain termasuk sama ada Perlembagaan secara implikasi memerlukan semakan ambang kehakiman dalam kes seperti itu, serta kesan peruntukan dalam Perkara 5(1), 8(1), 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan dalam melindungi prinsip pengasingan kuasa dan kestabilan institusi negara,”menurut AGC dalam kenyataannya.

Menurut AGC, lapan persoalan yang dirujuk itu bersifat struktur, menyentuh aspek tadbir urus perlembagaan dan bukan berkaitan kekebalan peribadi.

“Proses rujukan perlembagaan diwujudkan bagi membolehkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan membuat penentuan muktamad terhadap isu-isu seperti ini,” katanya.

Anwar senelum ini dilaporkan mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan memberikan beliau kekebalan bersyarat daripada saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantunya, Yusoff Rawther, empat tahun lalu.

AGC turut menegaskan sebarang keputusan berkaitan tafsiran peruntukan perlembagaan terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan seperti diperuntukkan dalam Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan.

Jabatan itu turut menjelaskan bahawa pihaknya akan menilai sebarang permintaan campur tangan berdasarkan merit undang-undang dan kepentingan awam, bukan berasaskan sentimen politik.

Antara persoalan lain yang dirujuk termasuk sama ada tindakan undang-undang sivil terhadap seseorang sebelum beliau memegang jawatan boleh diteruskan, sekiranya ia menjejaskan keupayaannya untuk mentadbir serta sama ada Perlembagaan membayangkan wujudnya satu ambang kehakiman dalam situasi sedemikian.

Mahkamah menetapkan 3 Jun ini untuk semua pihak membuat permohonan lisan berhubung rujukan itu.

AGC turut menegaskan rujukan sebegini membolehkan mahkamah terutamanya Mahkamah Persekutuan memberikan keputusan muktamad terhadap isu undang-undang yang kompleks.

“AGC menghormati integriti mekanisme Perlembagaan ini dan akan menilai sebarang permohonan campur tangan berdasarkan merit undang-undang dan kepentingan awam, bukan sentimen berbaur politik,” katanya.-1/6/2025 OLEH AHMAD SYAUQI ABDUL RAZAK

Read more

khabar terbaru