Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mematikan kebimbangan pasal situasi syarikat minyak dan gas negara,Petronas yang bakal berhentikan 5,000 pekerja menjelang akhir tahun ini.
Ditemui wartawan selepas tunai sembahyahg Jumaat di Jalan Pinggiran Putra dekat Putrajaya beliau menjelaskan kebanyakan mereka yang terlibat ialah pekerja kontrak.
“Ia banyak yang kontrak,” kata beliau secara ringkas ketika diminta mengulas laporan Petronas akan memberhentikan kira-kira 5,000 tenaga kerjanya sebagai langkah penstrukturan semula.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik Tengku Aziz memberitahu satu taklimat media semalam Petronas akan memberhentikan kira-kira 10 peratus tenaga kerjanya ( sekitar 5,000 orang) dalam proses penstrukturan semula syarikat itu.
Petronas sebelum ini dilaporkan berkata, ia perlu ‘menyesuaikan saiz’ tenaga kerjanya bagi memastikan kelangsungan syarikat dalam beberapa dekad akan datang.
Keseluruhannya Petronas mempunyai hampir 50,000 pekerja.- 6/5/2025