Tahukan anda berkuat kuasa 1 Julai ini, kerajaan akan melaksanakan pelarasan kadar Cukai Jualan dan perluasan skop Cukai Perkhidmatan secara bersasar selari dengan matlamat yang digariskan pada Belanjawan 2025.
Barang keperluan asas kekal tidak dikenakan cukai, dan perkhidmatan penting masih dikecualikan. Hanya barangan mewah dan perkhidmatan bukan keperluan yang terlibat.
Bahan makanan import mewah seperti king crab, ikan salmon, ikan kod, cendawan truffle dan strawberi import adalah makanan yang akan dinaikkan kadar cukai jualan.
Selain itu, barangan yang dikenakan cukai kadar tersebut adalah essential oil atau minyak pati, sutera dan jentera industri.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan pada Isnin turut menyenaraikan sisa skrap tungsten, basikal lumba dan lukisan tangan antik dikenakan cukai jualan pada kadar 10 peratus.

Jelas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, ia susulan semakan dan perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 yang bertujuan menambah hasil dan meluaskan asas percukaian.
“Semakan semula SST telah melalui proses libat urus bersama pihak berkepentingan, khususnya persatuan industri dan ejen percukaian.
“Penyediaan perundangan turut mengambil kira maklum balas serta input industri bagi memastikan majoriti rakyat tidak terjejas dan kesan terhadap pihak industri dapat diminimumkan,” katanya.
Menurut notis rasmi Kementerian Kewangan (MOF), tindakan ini untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam meluaskan asas percukaian semasa tanpa membebankan kos rakyat.
Selain mengurangkan tekanan kos asas usaha ini turut bertujuan melandaikan dan meminimumkan kesan kos ke atas kumpulan peniaga kecil (PMKS).

Berdasarkan notis itu, ini perincian yang diketengahkan oleh MOF:
- Kadar cukai jualan kekal tidak dinaikkan ke atas barangan keperluan asas yang digunakan oleh rakyat
- Kadar cukai jualan sebanyak 5% dikenakan ke atas barangan pilihan dan bukan keperluan asas sahaja – iaitu seperti king crab, salmon, kod, cendawan, truffle, buah-buahan import, essential oil, kain sutera dan jentera industri. Sementara cukai jualan 10% pula dikenakan ke atas barangan premium seperti basikal lumba dan lukisan tangan antik.
- Skop meluaskan cukai perkhidmatan pula adalah melibatkan sewaan atau pajakan – melibatkan syarikat capai nilai pendapatan RM500,00 (8%), pembinaan – libat syarikat nilai pendapatan RM1.5 juta (6%), kewangan – berasaskan fi atau komisyen (8%), jagaan kesihatan swasta – libatkan syarikat nilai pendapatan RM1.5 juta (8%), pendidikan swasta – libatkan pendapatan lebihi RM60,000 setahun (6%) dan kecantikan – libat syarikat nilai berpkhidmatan bercukai RM500,000 setahun (6%). Perluasan ini disertakan dengan mengecualikan arena terpilih bagi mengelakkan cukai berganda
Berdasarkan langkah itu, difahamkan bagi syarikat yang mematuhi syarat perundangan SST baharu ini kelak dimaklumkan tiada tindakan pendakwaan dan penalti dikenakan sehingga 31 Disember 2025.-10/6/2025