Ini satu khabar yang menarik…disebalik pelbagai senario ekonomi dunia yang agak mencabar kebelakangan ini kemasukan pelaburan asing ke Malaysia tidak terjejas.
Seperti kata kata popular ‘angka tidak menipu’ begitulah halnya dengan angka aliran masuk pelaburan ke negara ini.
Dalam laporan terbaru Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk suku tahun pertama menunjukkan peningkatan 3.7 % berbanding tempoh sama pada tahun lalu.
Jumlah pelaburan bulan Januari hingga Mac ialah RM89.8 billion.
Dari jumlah berkenaan pelaburan asing berjumlah RM60.4 billion atau 67.3%.
Pelaburan dalam negeri pula 32.7% atau RM29.4 billion.
Pelaburan ini yang meliputi 1,556 jenis dalam industri pembuatan dan sebagainya dijangka akan cetuskan lebih 33,300 peluang pekerjaan baru bagi rakyat negara ini.
Ikut laporan MIDA itu jumlah pelaburan tertinggi dicatat di Johor RM30.1 billion diikuti Wilayah Persekutuan RM15 billion,Sabah 10.9 billion,Selangor RM10.2 billlion dan Pulau PInang RM9.2 billion.
Pelaburan luar dari luar negara terbesar ialah Singapura RM28.3 billion,Amerika RM9.9 billion.China RM7.9 billion,British Virgin Island RM6.6 billion dan Taiwan RM1.7 billion.
Sementara itu Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Sri Zafrul Aziz anggap peningkatan pelaburan 3.7 peratus satu perkembangan yang sangat mengalakan.
Beliau yakin sekalipun senario geopolitik agak mencabar gara gara perang dagang Amerika-China namun dasar Malaysia yang jelas akan dapat terus menarik pelaburan asing.- 12/6/2025