Sungguh tragik…paparan video saat akhir menjelang terhempas pesawat Air India nombor penerbangan 171 di lapangan terbang Ahmedabad di wilayah Gujarat Khamis.
Kelihatan pesawat yang membawa 242 orang termasuk 12 anak kapal itu meluncur turun semakin rendah ketika baru saja berlepas dan kemudian kelihatan kepulan asap dan api merah akibat letupan.
Pesawat Boeing 787 Dreamliner yang sepatutnya menuju ke lapangan terbang Gatwick,London membawa 169 rakyat India, 53 British, seorang Canada dan tujuh Portugis.
Ia terhempas di kawasan ramai penduduk di kawasan Meghani bandar itu beberapa minit setelah berlepas dari landasan pada jam 1:17 tengahari waktu tempatan (3.38 waktu Malaysia).

Kemudian sebilangan bahagian pesawat itu berselerak di sekitar kawasan ia terhempas termasuk ada yang terdampar atas bangunan.
Ketika berita ini ditulis lewat Khamis malam lebih 200 dilaporkan terbunuh.

Ibarat satu keajaiban…seorang penumpang dikatakan warga British berkulit hitam ( GAMBAR ATAS T-SHIRT PUTIH) ditemui selamat dengan cedera ringan.
Dia duduk ditempat duduk nombor 11A dalam pesawat malang itu.
Bagaimana pun jumlah rasmi terbunuh belum diberi termasuk mereka yang cedera.
Namun saksi di tempat kejadian anggarkan banyak lagi kemalangan jiwa.
Ini kerana selain penumpang ,pesawat berkenaan terhempas di kawasan yang padat penduduk dan banyak bangunan.- 12/6/2025



