Sehari selepas tragedi terhempas pesawat Air India di Ahmedabad yang mengorbankan 241 dari 242 penumpangnya….dunia dikejutkan dengan tindak ganas Israel terhadap Iran pula.
Mengunakan alasan hendak lumpuhkan ancaman senjata nuklear dari Iran… tentera rejim Israel pada Jumaat lancarkan serangan udara keatas beberapa lokasi ketenteraan Iran.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kata operasi ketenteraan terhadap Iran akan berterusan selama yang perlu.
Pihak berkuasa Iran telah membatalkan semua penerbangan keluar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Tehran.
Dalam pada itu…seperti kebiasaannya Amerika dakwa ia tidak terlibat dalam serangan keatas Iran.
Setiausaha Negara Amerika,Marco Rubio beri amaran agar Iran tidak lancar serangan keatas mana mana pengkalan Amerika.
Apa yang agak anih serangan tentera Israel keatas Iran dilancar tidak lama selepas Presiden Donald Trump kata Washington komited dalam diplomasi dengan Iran.
Sementara itu Iran beritahu pemimpin tertingginya Ayatollah Ali Khamenei, masih hidup dan selamat susulan serangan Israel.
Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memetik beliau berkata rejim Israel telah menempa takdir yang “pahit dan menyakitkan” buat diri mereka sendiri.
Dalam satu mesej kepada rakyat Iran pagi Jumaat, beberapa jam selepas Israel melancarkan serangan ke atas Tehran dan beberapa bandar lain, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan bahawa rejim Zionis itu harus bersedia menerima hukuman yang keras.
“Kepada rakyat Iran, rejim Zionis dengan jahat dan tangannya berlumuran darahnya telah melakukan jenayah di tanah air kita yang tercinta dan sekali lagi menunjukkan sifat keji mereka dengan menyasarkan kawasan kediaman.
“Rejim itu harus menanti balasan yang keras,” kata Ayatollah Khamenei. – 13/6/2025