Saturday - 14, June 2025

Jabatan Peguam Negara keluar kenyataan pasal kes Yusoff Rawther…

Share

Selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur buat keputusan lepas dan bebaskan Yusof Rawther dari tuduhan dadah dan milik pistol tiruan pada Khamis semalam…laman media sosial telah diselubungi dengan segala macam komenter dan polimek.

Perkembangan ini telah mendorong Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Jumaat mengeluarkan satu kenyataan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan fitnah berhubung kes itu.

AGC tidak mahu kes itu dijejaskan oleh perbicaraan melalui media, sindiran awam, kedudukan atau persepsi.

“Jabatan ini menggesa orang awam untuk mengelak daripada membuat penyataan yang bersifat spekulatif atau berbaur fitnah berhubung keputusan kes tersebut lebih-lebih lagi jika ia dibuat di luar skop alasan keputusan yang diberikan oleh mahkamah.

“Pentadbiran keadilan hendaklah dijejaskan oleh perbicaraan melalui media, sindiran awam, kedudukan atau persepsi,” katanya.

AGC juga berkata ia akan mengkaji penghakiman mahkamah sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

“Jabatan ini akan meneliti keputusan kes dan mempertimbangkan semua aspek berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan selanjutnya.

“Jabatan ini kekal komited dalam menegakkan undang-undang dan akan terus melaksanakan tanggungjawabnya menurut perlembagaan dengan berintegriti, saksama dan menghormati proses pengadilan,” tambahnya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Yusoff, yang merupakan bekas pembantu penyelidik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol palsu.

Beliau memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan.

Pada 12 September 2024, Muhammed Yusoff, 32, didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi, 6 September 2024.

Yusoff didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun dan minimum 12 sebatan.

Dia juga menghadapi satu pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara, di sini, pada jam 9.25 pagi, 6 September 2024.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.- 13/6/2025

Yusoff Rawther bebas….

Muhammed Yusoff Rawther bekas pembantu penyelidik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan dua kes berat boleh menarik nafas lega dengan keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin telah melepas dan membebaskan dia tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas hakim itu mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan.

“Atas keterangan atas yang ada di hadapan saya, adalah tidak selamat untuk saya memanggil tertuduh membela diri,”kata hakim itu.

Pada 12 September 2024, Muhammed Yusoff, 32, didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi, 6 September 2024.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan.

Dia juga menghadapi satu pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara, di sini, pada jam 9.25 pagi, 6 September 2024.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 12 November tahun sama, Mahkamah Majistret membenarkan kes mengedar dadah jenis kanabis membabitkan Yusoff dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. – 12/6/2025

Read more

khabar terbaru