Sunday - 13, July 2025

Awas..MCMC dah kenalpasti beberapa saluran dalam talian yang masih sebar maklumat palsu dan kandongan jelik

Share

Rupanya masih ada beberapa saluran dalam talian masih menyebarkan maklumat palsu, kandungan jelik melampau serta unsur berbaur ancaman sekalipun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah melaksanakan pelbagai pendekatan termasuk sesi rundingan.

Menurut MCMC kandungan yang diterbitkan bukan sahaja mengelirukan bahkan boleh melemahkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi awam sekali gus berpotensi menggugat ketenteraman awam.

Katanya ia telah mengenal pasti beberapa saluran dalam talian yang berkenaan.

Menerusi satu kenyataan pada Jumaat MCMC mengingatkan ia akan terus mengambil tindakan tegas termasuk langkah perundangan terhadap mana-mana penyedia media sosial yang gagal mematuhi peraturan.

“MCMC telah melaksanakan pelbagai pendekatan, termasuk sesi rundingan dengan penyedia platform media sosial.

“Namun, tahap pematuhan dalam kalangan penyedia platform masih berada pada tahap yang tidak memuaskan, meskipun usaha berterusan telah dilakukan.

Kata MCMC langkah agensi itu adalah penting bagi memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, berintegriti dan mematuhi kerangka perundangan sedia ada.

“MCMC kekal komited dalam usaha melindungi orang awam daripada ancaman kandungan berbahaya. Ini adalah untuk memastikan internet menjadi ruang yang selamat, beretika dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat,” katanya lagi.- 13/6/2025

Read more

khabar terbaru