Saturday - 5, July 2025

Rafizi akan muncul di ‘Yang Berhenti Menteri’ mulai Jumaat ini

Share

“Saya sekarang tidak lagi terikat dengan etika kerajaan dan kerahsiaan. Jadi saya bebas bersuara.”

Itu antara ayat promo Datuk Seri Rafizi Ramli mengenai podcast mingguan beliau mulai Jumaat ini.

Dulunya nama podcast bekas Menteri Ekonomi dan bekas Timbalan Presiden PKR itu ialah ‘Yang Bakar Menteri’.

Kini Namanya ditukar kepada ‘Yang Berhenti Menteri’.

Menerusi laman media sosialnya pada Selasa Rafizi beritahu podcastnya akan disiarkan setiap minggu dengan episod pertama pada Jumaat ini, jam sembilan malam.

“Insya-Allah, saya akan imbangkan ulasan YBM – bakar pun ada, beri pencerahan pun ada. Yang penting, mestilah objektif, berfakta dan memberi pemahaman yang adil kepada semua,”katanya.

Dalam hantarannya, Rafizi turut sertakan ayat sindiran yang kebelakangan ini dituju padanya – “kuat merajuk”, “tak makan dipujuk”, “jadi menteri tak ada hasil”, “nak buat parti baru dan “formula dah entah ke mana”.- 17/6/2025

Read more

khabar terbaru