Wednesday - 18, June 2025

Dua ADUN Sabah antara tiga akan didakwa kes skandal lesen mineral

Share

Dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang orang awam akan didakwa di mahkamah dalam skandal rasuah pemberian lesen perlombongan mineral di negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki beritahu demikian kepada media di Kota Kinabalu pada Rabu.

Beliau tidak sebut nama mereka tetapi kata SPRM kini sedang menunggu tarikh perbicaraan ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Sabah.

Ketiga-tiga suspek, katanya, sedang melalui proses rakaman percakapan sebelum pendakwaan dibuat.

Kes ini berbangkit ekoran pendedahan beberapa klip video yang didakwa rakaman berkaitan dengan skandal rasuah itu.

Pemberi maklumat itu mendakwa dia sendiri memberi sogokan untuk mendapatkan lesen carigali mineral.

Individu berkenaan dakwa dia hanya tampil buat pendedahan selepas lesen itu dibatalkan.

Dakwanya wang sudah diberikan kepada beberapa orang ADUN negeri itu.

Azam Baki menjelaskan siasatan SPRM tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan visual tersebut. -18/6/2025

Read more

khabar terbaru