TAHUKAH ANDA

DNAA kes SRC Najib urusan hakim, saya tidak masuk campur – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mencampuri sebarang urusan perundangan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta.

“Itu keputusan hakim, Peguam Negara… saya tidak masuk campur,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Aman, Puchong, hari ini.

Terdahulu hari ini, Hakim K Muniandy membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas tanpa membebaskan Najib selepas mendapati pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan yang tertangguh sejak 2019.

Mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan belum memperoleh dokumen penting sebagai bukti, dan kelewatan itu menafikan hak tertuduh untuk mendapat penyelesaian yang sewajarnya dan tepat pada masanya.

Perintah DNAA (lepas tanpa bebas) bermaksud tertuduh dilepaskan daripada pertuduhan sementara waktu, namun boleh didakwa semula jika pendakwaan memutuskan untuk meneruskan prosiding pada masa akan datang.

–BERNAMA – 20/6/2025

Najib lepas tanpa bebas pertuduhan pengubahan wang haram dana SRC RM27 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat melepas tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta.

Hakim K Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib untuk dilepas tanpa dibebaskan.

Perintah DNAA (lepas tanpa bebas) bermaksud tertuduh dilepaskan daripada pertuduhan sementara namun boleh didakwa semula sekiranya pihak pendakwaan memilih untuk mengemukakan pertuduhan pada masa hadapan.

–BERNAMA -20/6/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button