Saturday - 21, June 2025

Ini jawapan Rafizi bila ditanya samaada nak tubuh parti baru…

Share

Selepas melalui pemilihan parti yang sengit dimana beliau gagal pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR dan kemudian letak jawatan Menteri Ekonomi kerana berpegang pada prinsip…tentu ramai yang hendak tahu jawapan Datuk Seri Rafizi Ramli pada satu soalan popular yang sedang berlegar.

Apakah beliau akan tubuh sebuah parti baru sebagai wadah untuk dirinya dan para penyokongnya bernaung?

Ini bukan satu soalan yang luar biasa kerana parti baru seperti Semangat 46 pernah muncul dari krisis pemilihan UMNO 1987 manakala Parti Amanah Negara lahir dari pemilihan PAS pada 2015.

Pada pemilihan PKR baru ini selain Rafizi ramai pemimpin parti yang rapat dengannya tewas di peringkat cabang dan pusat.

Menjawab soalan oleh moderator mengenai hal berkenaan dalam podcast ‘Yang Berhenti Menteri’ episod pertama Jumaat malam,Rafizi menegaskan beliau tidak berhajat untuk ambil langkah seumpama itu.

“Sebenarnya saya tak rasa negara dan rakyat perlu parti baru dalam masa terdekat…penting pada negara kekalkan kestabilan….biar kerajaan yang ada terus perintah,”katanya.

Rafizi mengakui ada ketikanya beliau merasa terdorong pada kemungkinan itu bila dibakar dan dicucuk.

“Tetapi janganlah terbawa bawa,”katanya.

Ditanya pula mengenai kemungkinan sertai pemilihan PKR tahun 2028,Rafizi kata adalah terlalu awal untuk cakap mengenainya.

Katanya macam macam boleh jadi menjelang itu.

Rafizi berkata hal berkenaan juga bergantung pada sistem pemilihan.

Dakwanya kalau sistem berulang seperti yang berlaku dalam pemilihan lalu tentu ramai yang tidak berminat.

Mengenai keputusan letak jawatan Menteri Ekonomi,Rafizi menjelaskan beliau tidak mahu jadi ‘lame duck minister’ jika terus pegang jawatan.

Menurutnya bila Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR semua orang tahu ia mendapat restu Perdana Menteri dan Presiden PKR.

“Isyarat sangat cukup jelas bahawa Presiden parti sudah hilang keyakinan pada saya sebagai Timbalan (Presiden PKR) yang juga Menteri Ekonomi.

“Bila tengok pula keputusan pemilihan terutama ‘badan tanpa kepala’..yang kena potong kepala semua yang rapat dengan saya…dia beri gambaran pada kerajaan,penjawat awam menteri menteri lain sebenarnya saya dan pasukan saya telah ditolak oleh parti.

“Bila you sudah hilang kepercayaan dari PM dan hilang mandat parti …kalau tiba tiba you nak lakukan perubahan besar yang memerlukan sokongan dari kementerian kementerian..kalau you jadi menteri lain..(mereka tentu kata) buat apa aku nak susah goncang…sebab PM dah hilang kepercayaan dengan dia,”katanya. – 20/6/2025

Read more

khabar terbaru