Tuesday - 1, July 2025

Apakah ini ‘langkah segera’ ekoran kemalangan bas ekspres korbankan 15 pelajar UPSI ?

Share

Ini mungkin cuma satu langkah kecil dari segi keselamatan jalanraya tetapi yang pasti ia tidak dapat menjadi pencegah kemalangan maut bas ekspres seperti yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 8 Jun lalu.

Terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca kemalangan di Lebuhraya Timur Barat itu termasuk kelajuan,situasi jalan,siap siaga pemandu,kondisi bas dan sebagainya.

Semua faktor yang ada kaitan perlu diambil kira dalam membuat rumusan bagi sebarang penambahbaikan perundangan atau peraturan untuk meningkatkan keselamatan ribuan penumpang yang naik bas ekspres setiap hari.

Apakah ini salah satu ‘langkah segera’ yang ekoran satu peristiwa besar.

Sudah menjadi kebiasaan ada saja langkah baru yang muncul dalam situasi seperti ini.

Namun ia tidak menjadi isu selagi langkah berkenaan dapat menyumbang pada kebaikan kepada keselamatan penumpang.

Pada Ahad Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan peraturan semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa Selasa ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli beritahu pada sidang media selepas Perhimpunan Setia JPJ Malaysia, di Kota Bharu bahawa penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020, manakala bas yang dibina sebelum tahun 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar itu.

Dibawah peraturan itu para pemandu perlu memastikan kesemua penumpang memakai tali pinggang keledar sebelum bas bergerak dan mereka yang ingkar akan dikenakan saman sebanyak RM300.

Katanya ,”sebelum ini kita mengambil pendekatan advokasi, namun bermula 1 Julai ini kita akan melaksanakan secara tegas.

“Sekiranya pemandu gagal memberi peringatan kepada penumpang untuk memakai tali pinggang berkenaan, bukan hanya penumpang yang akan disaman sebalik pemandu dan syarikat pengendali bas turut dikenakan saman.

“Jika pemandu sudah memberi peringatan kepada penumpang, namun penumpang masih berdegil untuk memakai tali pinggang keledar, saman hanya akan diberikan kepada penumpang. Namun kita akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesahkan sama ada peringatan sudah dibuat atau sebaliknya,” katanya.

Menurut Aedy JPJ sudah mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan pengendali syarikat bas bagi memaklumkan perkara berkenaan.

“Kita sudah mengeluarkan garis panduan kepada mereka supaya arahan yang diterima jelas dan selepas ini kita tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan yang dilakukan,”katanya.- 29/5/2025

Read more

khabar terbaru