Monday - 7, July 2025

9 MP PKR ‘kem Rafizi’ desak kerajaan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI ) tangangani kemelut dalam institusi kehakiman negara

Share

Kisah kisah menjelang sidang media tujuh ahli parlimen PKR dari kem Datuk Seri Rafizi Ramli telah mencetuskan kehangatan dalam senario politik sejak petang semalam.

Berbagai andaian,teka teki dan segala macam ramalan berlegar pada sidang media dijadual pada jam 9 pagi di pejabat Ahli Parlimen PKR Subang,Serlangor Wong Chen pada jam 9 pagi ini.

Yang paling hangat tentunya kemungkinan pengumuman Ahli Parllimen dari team Rafizi ambil tindakan keluar parti.

Jangkaan ini membuatkan ramai netizen terpaku di media sosial,portal berita dan sebagainya untuk mendapat khabar segera ‘apa bom yang bakal meletop’.

Namun ramai juga yang tidak melihat pada kemungkinan itu kerana impliasi perundangan akan jerut mereka dalam keadaan yang amat rumah.

Akhirnya pada sidang akhbar yang bermula sekitar 20 minit lewat soalan besar terjawab.

Sidang akhbar Ahli Parlimen Pandan dan rakan rakannya hanya bertumpu pada isu perjawatan institusi kehakiman.

Kata Rafizi semua sembilan Ahli Parlimen PKR tandatangan kenyataan bersama mereka.

Dua tidak dapat hadir.Mereka ialah Ahli Parlimen Sungai Siput S Kesevsn dan Ahli Parlimne Batu Pahat Onn Abu Bakar.

Mereka yang hadir ialah Rafizi sendiri,Ahli Parlimen Setiawangsa KL, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Subang,Selangor Wong Chen, Ahli Parlimen Ampang,Selangor Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Wangsa Maju KL, Zahir Hassan, Ahli Parlimen Balik Pulau,Pulau Pinang Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

Mereka mahu kerajaan menubuhkan Suruhajaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani kemelut dalam institusi kehakiman negara.

Rafizi berkata, RCI itu penting bagi menyiasat pelbagai dakwaan berhubung pelantikan dan campur tangan yang berlaku dalam urusan kehakiman.

Beliau berkata, kemelut yang berlaku ketika ini adalah yang paling serius dalam insititusi kehakiman negara sejak skandal video VK Lingam pada 2007.

“Isu ini bukan sekadar melibatkan kelewatan pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang masih kosong tetapi juga membabitkan tuduhan yang lebih serius.

“Ini termasuk dakwaan bahawa seorang hakim Mahkamah Persekutuan telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) untuk menjelaskan tuduhan cuba mempengaruhi kes dan pertukaran hakim,” katanya.

Menurut Rafizi mereka akan bawa isu ini agar mendapat perhatian serius rakyat.

Kalangan mereka anggap tidak jadi kesalahan bertindak begini . Kata mereka Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang Hassan Karim ada buat kenyataan lebih pedas terhadap parti.-7/7 2025

Read more

khabar terbaru