Saturday - 12, July 2025

Tarif Amerika: Pintu perbincangan dengan ASEAN masih terbuka – Rubio

Share

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marcoc Rubio memaklumkan pintu rundingan berhubung pelarasan tarif oleh negara itu masih terbuka.

Jelas beliau, ketika ini perbincangan aktif sedang dijalankan bersama beberapa negara, termasuk dari rantau Asia Tenggara.

”Kami ingin memaklumkan kadar tarif balas akan bermula pada 1 Ogos. Namun, perbincangan akan diteruskan minggu hadapan bersama Jepun dan rundingan sedang berjalan dengan hampir semua negara yang hadir di sini. Ini adalah rakan kongsi penting,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58.

Sebelum itu, beliau mengadakan kunjungan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump dalam perjumpaan tersebut.

Menurut Anwar berkata, Rubio menyatakan bahawa surat berkenaan adalah surat cara umum dan Malaysia masih mempunyai tempoh sebulan untuk mengadakan rundingan.

“Mereka tahu bahawa Malaysia adalah negara dagang utama AS di rantau ini dan akan memberikan pertimbangan serta mengemukakan pandangan kita,” katanya.

Sementara itu, Marco memaklumkan lebih 6,000 syarikat dari Amerika Syarikat telah melabur di rantau ini, sekali gus menjadikan Asia Tenggara sebagai rakan strategik penting dalam aspek ekonomi dan pertahanan.

“Kami sedang berdialog secara aktif dengan pelbagai negara yang bertumpu kepada mencapai kemajuan.

“Tetapi pasaran menuntut kepastian. Jadi kita perlu beritahu kepada semua bahawa kadar (tarif) dasar akan berkuat kuasa 1 Ogos ini.

“Tetapi perbincangan tetap diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membayangkan bahawa pihaknya telah bersetuju untuk melaksanakan Sidang Kemuncak ASEAN-AS yang dicadangkan oleh Anwar.

Malah kata Rubio, ia mungkin dihadiri sendiri oleh Presiden Trump.

“Ya, ia mungkin berlaku. Kami sedang berusaha menentukan tarikh,” katanya.-11/7/2025

Read more

khabar terbaru