Malaysia berada pada kedudukan ke-13 dunia dan kedua paling aman dalam kalangan negara ASEAN dengan 1.469 mata, menurut Indeks Keamanan Global (GPI) 2025.
Namun, ia mencatat penurunan satu anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Singapura kekal negara paling aman di ASEAN dan menduduki tempat ke-6 dunia dengan skor 1.357, tidak berubah daripada tahun sebelumnya.
Negara-negara ASEAN lain dalam senarai termasuk:
Vietnam – Kedudukan bersama ke-38 global | Skor: 1.721 | Naik 1 tempat
Laos – Kedudukan ke-47 global | Skor: 1.783 | Turun 3 tempat
Indonesia – Kedudukan ke-49 global | Skor: 1.786 | Naik 3 tempat
Thailand – Kedudukan ke-86 global | Skor: 2.017 | Turun 5 tempat
Kemboja – Kedudukan bersama ke-87 global | Skor: 2.019 | Turun 12 tempat
Filipina – Kedudukan ke-105 global | Skor: 2.148 | Naik 6 tempat
Myanmar – Kedudukan ke-153 global | Skor: 3.045 | Turun 2 tempat
Dalam senarai global, Iceland terus mengekalkan gelaran negara paling aman di dunia untuk tahun ke-17 berturut-turut sejak 2008.
Negara-negara lain yang turut kekal di kedudukan teratas termasuk Ireland, Austria, New Zealand, dan Switzerland.
Indeks GPI diterbitkan oleh Institute for Economics and Peace (IEP), dan menilai 163 negara berdasarkan tahap keselamatan masyarakat, sejauh mana konflik domestik dan antarabangsa berlaku serta tahap sesebuah negara, masyarakat atau kawasan yang semakin dipengaruhi oleh unsur ketenteraan.=14/7/2025