Di luar dugaan banyak pihak…Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar muncul di perhimpunan peguam mempertahankan kebebasan badan kehakiman di Putrajaya pada petang Isnin.
Turut serta ialah suaminya.Menurut Nurul Izzah, beliau turun menyertai himpunan itu kerana perlembagaan melindungi hak rakyat untuk berhimpun secara aman.
Sekitar lebih 1,000 orang hadir terdiri dari pimpinan NGO,aktivis masyarakat dan politik pada perhimpunan anjuran Majlis Peguam itu yang bermula jam 2.30 petang.
Sepanjang himpunan selama lebih sejam itu para peserta berkumpul depan Istana Keadilan dan kemudian berjalan kaki beramai ramai sejauh 2.6 kilometer menuju ke depan komplek Jabatan Perdana Menteri.

Di situ Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab telah menyampaikan memorendum kepada by Datuk Zamri Misman, Pengarah Bahagian Undang Undang Jabatan Perdana Menteri.
Dalam memorendum itu Majlis Peguam antara lain menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk siasat sebarang campurtangan dalam badan kehakiman.
Ia juga desak agar jawatan utama badan kehakiman di isi segara.
Polimek mengenai hal itu telah menjadi isu hangat kebelakangan ini.
Antaranya bekas Timbalan Presiden PKR yang juga bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengetuai sembilan Ahli Parlimen PKR desak kerajaan bentuk RCI siasat kemelut lantikan Ketua Hakim Negara.
Bagaimanapun mereka tidak kelihatan menyertai himpunan anjuran Majlis Peguam ini.
Turut kelihatan pada himpunan itu ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara dan bekas Menteri Tan Sri Rais Yatim,bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan,aktivis sosial, Siti Kassim dan peguam, Haniff Khatri Abdullah
Beberapa bekas Presiden Majlis Peguam ternasuk Datuk Ambiga Sreenevasanm,Karen Cheah, Steven Thiru, Christopher Leong hadir sama.
Dalam pada itu seorang peguam yang juga bekas pemimpin kanan PKR Pahang berharap PKR tidak mengambil tindakan disiplin ke atas Nurul Izzah selepas timbalan presiden parti itu turut serta dalam perhimpunan itu.

Namun, Ahmad Nizam Hamid berkata, jika perkara itu menjadi sebaliknya, beliau sedia memberikan khidmat undang-undang mempertahankan Nurul Izzah di depan Lembaga Disiplin PKR.
“Sebagai ahli Majlis Peguam Malaysia, saya sangat menghargai kehadiran Nurul Izzah memberikan sokongan dan solidariti bersama Badan Peguam Malaysia mempertahankan kebebasan kehakiman yang menjadi tiang penting negara hari ini.
“Sebagai anggota PKR pula, saya memohon setiausaha agung parti (Fuziah Salleh) agar tidak mengambil tindakan disiplin seperti mengambil siasatan terhadap Nurul Izzah,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan bekas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan jika pemimpin parti itu yang membidasnya sebelum ini, akan turut menggesa agar Nurul Izzah digantung susulan penyertaannya dalam perarakan ‘Walk of Justice’ di Putrajaya hari ini.
Bercakap dengan Malaysiakini, Rafizi berkata tindakan timbalan presiden PKR itu meletakkan parti tersebut “dalam keadaan janggal”.
“Dia sepatutnya boleh menyelamatkan parti kerana, sebagai Timbalan Presiden, mereka (ahli akar umbi) akan mengambil isyarat daripada kepimpinan tertinggi. Sembilan ahli Parlimen ini hanyalah penyokong kerajaan biasa.
“Pandangan kami berdasarkan perspektif kami yang kami boleh melaksanakan tugas sebagai ahli Parlimen,” katanya.
Terdahulu, seramai 19 ketua cabang PKR Johor menuntut agar Rafizi dan lapan lagi ahli Parlimen parti lain digantung kerana melanggar disiplin parti dengan mengadakan sidang media bagi mendesak penubuhan RCI berhubung pelantikan kehakiman.- 14/7/2925