FOKUS
Tak timbul isu siapa ketuai PN walaupun PAS ‘lebih besar’

PAS mengakui parti itu ‘lebih besar’ berbanding Bersatu namun berpendapat tidak perlu ditimbulkan isu siapa yang sepatutnya mengetuai PN.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata prinsip kerjasama parti dalam gabungan PN ialah mencapai kesepakatan sebelum membuat sebarang keputusan.
Pandangan itu dibuat Tuan Ibrahim beberapa hari selepas Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, menyatakan bahawa parti itu sudah bersedia memikul tugas lebih besar ekoran keputusan pilihan raya kecil di Kemaman.
“Kita dalam PN, apa-apa yang kita (nak) putuskan, kita putuskan bersama.