KEMBARA

Lipis destinasi sulung ‘Geopark Odyssey’

Daerah Lipis dipilih lokasi pertama bagi penganjuran Program Geopark Odyssey oleh Tourism Malaysia Wilayah Timur.

Ia sebagai usaha mempromosikan potensi pelancongan geopark di Pahang menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Mohd Azizul Yahaya berkata, daerah Lipis memiliki keunikan tersendiri melalui pelbagai segmen pelancongan yang merangkumi pelancongan geo, eko, warisan dan pendidikan.

“Saya percaya Lipis Geopark mempunyai potensi tinggi kerana ia melibatkan pelbagai segmen pelancongan. Ada elemen geotourism, ecotourism, warisan dan juga pendidikan.

“Setiap satu segmen ini membawa daya tarikan tersendiri seperti artifak yang boleh mengisahkan ketamadunan silam kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Geopark Odyssey: Heritage & Archeo Tourism @ Lipis Geopark 2025 yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir semalam.

Program disertai 32 peserta terdiri daripada wakil agensi pelancongan, media serta pempengaruh dari Pahang dan Kuala Lumpur.

Tambah Mohd Azizul, program sama akan diteruskan di Kenyir Geopark, September nanti.-22/7/2025

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button