TAHUKAH ANDA

Muat naik komen jelik melampau libat institusi diraja, individu dirakam keterangan – MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap satu komen berunsur jelik melampau di Facebook melibatkan institusi diraja berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara.

Bagi membantu siasatan, MCMC dalam kenyataan memberitahu telah merakam keterangan individu terbabit hari ini di Balai Polis Kg Melayu Subang, Selangor.

“Turut disita satu unit telefon bimbit dan satu kad SIM bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, MCMC menyeru orang ramai agar sentiasa menggunakan platform media sosial secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab.

Elakkan penyebaran kandungan jelik melampau, hasutan atau fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman negara, khususnya melibatkan institusi diraja.-22/7/2025

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button