Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
PDRM jamin keselamatan, hormati hak berhimpun rakyat - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / PDRM jamin keselamatan, hormati hak berhimpun rakyat

PDRM jamin keselamatan, hormati hak berhimpun rakyat

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil maklum mengenai perhimpunan aman yang dirancang berlangsung pada esok di Dataran Merdeka.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, selaku agensi penguatkuasaan yang sentiasa menjunjung Perlembagaan Persekutuan, PDRM menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pandangan serta berhimpun secara aman.

“Sejajar dengan semangat tersebut, PDRM berperanan sebagai pemudah cara bagi memastikan perhimpunan ini berlangsung dalam suasana yang aman dan teratur,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

PDRM turut menerima kerjasama daripada pelbagai pihak bagi mengekalkan keamanan sepanjang perhimpunan berlangsung.

Bagi menjamin ketenteraman dan keselamatan kawasan sekitar, PDRM menasihati peserta agar sentiasa peka terhadap peruntukan undang-undang sedia ada dan menyuarakan pandangan secara saling hormat menghormati, berlandaskan nilai adab masyarakat Malaysia.

Sementara itu, orang awam yang tidak terlibat disarankan untuk merancang perjalanan dan menyemak aliran trafik lebih awal bagi mengelak kesulitan, memandangkan dijangka berlaku sedikit perubahan laluan semasa perhimpunan berlangsung.

PDRM memberi jaminan bahawa keselamatan awam akan terus dipelihara, dan yakin keseimbangan antara hak demokrasi serta kedaulatan undang-undang dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab kolektif semua pihak.

“PDRM amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan menyeru agar semua pihak terus memainkan peranan secara berhemah dan matang,” katanya.-25/7/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *