YANG VIRAL

SARA RM100 tak perlu mohon, disalur terus kepada IC penerima

Orang ramai tidak perlu membuat sebarang permohonan bagi mendapatkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sekali beri pada 31 Ogos ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Zamzuri Abdul Aziz berkata RM100 itu akan disalurkan terus kepada kad pengenalan penerima.

Justeru itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang helah yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Rakyat digesa tidak tertipu dengan scam yang mengatakan bahawa mereka boleh bantu untuk memohon atau memberi link (pautan) kepada mana-mana e-dompet,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan program penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Pulau Bum Bum, Semporna, hari ini.

Mengulas lanjut, Zamzuri menegaskan kerajaan tidak menggunakan orang tengah dalam agihan bantuan SARA kepada rakyat berusia 18 tahun ke atas.

“Bagi yang mendapat bantuan ini, boleh terus pergi ke kaunter premis berdaftar SARA, boleh tunai di sana.

“Kalau ada maklumat pihak ketiga yang kata mahu minta daftar, minta tuan puan daftar dalam akaun tertentu, semua itu tidak benar,” katanya.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan agihan bantuan SARA sebanyak RM100 secara sekali beri kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun.

Penerima boleh membelanjakan bantuan itu di 4,100 kedai di seluruh negara bagi membeli barang asas bermula 31 Ogos hingga 31 Disember depan.- 26/7/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button