SUARA PEMBACA

MCMC bertindak terhadap jualan alat komunikasi yang tidak diperakui

Awas…mana mana syarikat yang membuat jualan kelengkapan alat komunikasi yang tidak diperakui secara dalam talian.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini dengan kerjasama pihak polis dalam, operasi Taring Bravo 3 sedang menyiasat sebuah syarikat yang melakukan kegiatan itu

Kes ini melibatkan 3,837 alat komunikasi bernilai RM500,000 yang disita oleh pihak polis.

Ia diserah kepada MCMC untuk analisa teknikal dan ujian lanjut.

Satu kenyataan MCMC beritahu peralatan ini semua telah dipasarkan tanpa sijil pengesahan dari MCMC.

Dibawah peraturan hukuman denda maksima RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau keduanya sekali boleh dikenakan.

Katanya MCMC komited untuk menguatkuasa peraturan untuk jamin keselamatan pengguna serta intergriti pasaran.- 28/7/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button