FOKUS

Malaysia, Indonesia capai persetujuan penting dalam Rundingan Tahunan ke-13

Malaysia dan Indonesia mencapai beberapa persetujuan penting dalam Rundingan Tahunan ke-13 yang berlangsung di Jakarta termasuk isu sempadan, peluasan kerjasama ekonomi serta usaha mempercepat pelaksanaan projek tenaga baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata antara pencapaian utama rundingan berkenaan ialah pemeteraian empat memorandum persefahaman (MoU) yang merangkumi isu sempadan termasuk Pulau Sebatik serta kesihatan, maklumat dan komunikasi serta tadbir urus internet.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bersama Presiden Repulik Indonesia, Prabowo Subianto di Istana Merdeka semasa lawatan kerja dua hari di Jakarta. 29 Julai 2025. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may requir

“Kami menyentuh pelbagai isu penting termasuk sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion, kerjasama pelaburan di Ibu Kota Nusantara (IKN), serta kemudahan akses rentas sempadan yang lebih lancar di Entikong,” kata beliau pada sidang akhbar selepas rundingan berkenaan di Jakarta pada Selasa.

Anwar berkata, pelaburan Malaysia dalam sektor-sektor strategik di Indonesia berteraskan semangat tulen untuk memperkukuh kesejahteraan serantau.

Perdana Menteri berkata, hasrat Malaysia ialah untuk menjadi rakan pembangunan yang jujur dan amanah dalam pelbagai bidang, termasuk tenaga boleh baharu dengan Sarawak sebagai hab eksport infrastruktur, perumahan, pendidikan dan teknologi.

Mengenai isu sempadan laut di Laut Sulawesi, Anwar berkata, perbincangan dijalankan berasaskan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Undang-undang Laut PBB (UNCLOS), serta kepentingan kedua-dua negara.

“Semangat kita ialah untuk menjaga kepentingan masing-masing sambil menghormati garis sempadan yang ditetapkan mengikut undang-undang antarabangsa. Kita teruskan dengan semangat itu supaya tiada ketegangan,” kata beliau

Dalam soal keselamatan, Anwar berkata, Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk meningkatkan kerjasama melalui kerangka Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) bagi memelihara ketenteraman Laut Sulu dan Laut Sulawesi.

Beliau berkata, keutamaan Malaysia kekal pada keselamatan strategik di Selat Melaka dan Laut China Selatan, sambil mengingatkan bahawa nasib rantau ini perlu ditentukan rantau ini sendiri, bukannya oleh kuasa luar.

Berhubung gesaan segelintir pihak di Indonesia supaya Malaysia membantu dalam isu melibatkan ahli perniagaan Indonesia Mohd Riza Chalid, Perdana Menteri berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan mengikut kerangka undang-undang.

“Setakat ini, kita hanya dimaklumkan secara umum dan belum menerima sebarang keterangan jelas berhubung perkara terbabit. Namun, kita bersedia memberikan kerjasama penuh kerana Malaysia dan Indonesia ialah negara sahabat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Mohd Riza yang dinamakan pihak berkuasa Indonesia sebagai suspek kes rasuah berkaitan pengurusan minyak mentah PT Pertamina bagi tempoh 2018 hingga 2023, didakwa kini berada di Malaysia. – Bernama -28/7/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button